Tak salah buat persiapan awal untuk Hari Ibu yang bakal menjelma bulan Mei nanti. Bila buat persiapan awal, kamu tak pening kepala nak memikirkan di kemudian hari, iyelah dengan kekangan masa.
Coach hari ini memperkenalkan kempen “I Got It From My Mom” untuk Hari Ibu. Dibintangi oleh Coach Family termasuk Jennifer Lopez, Noah Beck, Tommy Dorfman dan Jessica Kelly, bersama orang tersayang mereka.
“I Got It From My Mom” meraikan peranan yang dimainkan oleh figura ibu sebagai mentor, muse dan sumber inspirasi gaya.
Dirakam oleh Joshua Woods, kempen ini memperkenalkan potret pelakon bersama ahli keluarga mereka dan siri video di mana mereka berkongsi hadiah unik, bakat dan sifat yang mereka perolehi daripada ibu mereka.
“Hari Ibu ini, kami ingin mengiktiraf semua cara ibu memberi inspirasi dan membentuk kami. Kami juga ingin meraikan kegembiraan dalam perkara yang kami turunkan dari satu generasi ke generasi yang lain, dan peranan jenama kami dalam mencipta kenangan istimewa untuk pelanggan kami selama ini,” kata Presiden Jenama Amerika Utara dan Ketua Pegawai Pemasaran Coach Sandeep Seth.
Warna-Warni Coach Pillow Tabby Bikin Cair
Dan highlight untuk kempen ini, Coach membawa kamu kepada koleksi Coach Pillow Tabby yang memikat deria penglihatan kita. Siapa yang terpikat dengan reka bentuk yang empuk dan gebu Pillow Tabby?
Pillow Tabby adaptasi semula siluet berstruktur reka bentuk Coach tahun 1970-an dengan kulit mewah dan lembut. Tersedia dalam dua saiz, beg ini mempunyai dua tali boleh tanggal untuk dibawa dengan tangan, gaya sebagai beg bahu atau pakai silang badan.
Lihat kempen “I Got It From My Mom” di sini.