Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Inspirasi Solekan Mata Anak Patung, #DIVAKongsi 3 Langkah Yang Mudah

by Soph.Azz
April 11, 2022
Foto - @lulucons (IG)

Foto - @lulucons (IG)

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Trend yang popular di Asia, miliki mata anak patung akan menjadikan kamu antara wanita yang berpenampilan menarik dan cantik!

Nak hasilkan mata anak patung ini senang sahaja. Kamu hanya perlu membuat mata menjadi puffy dan bukannya bengkak. Serta tambahkan pemakaian kanta sentuh untuk kesan mata yang besar dan galak.

Selain itu ikuti teknik solekan yang mata anak patung yang bakal DIVA kongsikan. Hanya memerlukan tiga langkah sahaja, jom buat bersama-sama;

#Langkah 1: Lukis Garisan Untuk Cipta Bayang-Bayang 

Foto – Pinterest
  • Pertama sekali ambil berus rata dan gel liner. Kalau tak ada, kamu boleh gunakan eyeshadow, krim kening atau pensel kening.
  • Calit sedikit gel liner tersebut di bahagian belakang tangan. Ambil pula berus rata dan ‘kacau’ untuk dapatkan warna keruh.
  • Bila sudah warna gel liner keruh, lukiskan garisan di atas garis mata dengan berus.
  • Mulakan dari sudut dalam, tengah mata dan hujung. Di bahagian hujung, lukiskan ekor yang terbuka atau melentik.

DIVA Syorkan Gel Liner:

Bobbi Brown Long-Wear Gel Eyeliner [RM220] / KVD Beauty Super Pomade Vegan Eyeliner [RM102]

Foto – Zalora / Sephora

#Langkah 2: Cerahkan Bahagian Bawah Mata 

Foto – @lulucons (IG)
  • Gunakan pensel eyeshadow atau eyeshadow yang berwarna sama seperti tona kulit untuk cerahkan bahagian bawah mata.
  • Jika tiada, boleh juga guna concealer atau bedak sebagai ganti, tapi bila guna bedak pastikan jangan tebal supaya tak nampak capuk.
  • Oleskan di sepanjang eye bags untuk naikkan seri bawah mata dan jadikan mata nampak lebih besar.

DIVA Syorkan Pensel Eyeshadow:

Laura Mercier Caviar Stick Eye Colour [RM121] / Nudestix Magnetic Luminous Eye Color [RM114]

Foto – Sephora
BACA:  Warna Ungu Bakal Jadi Hot Di 2022, #DIVAKongsi 4 Gaya Paling Trendy

#Langkah 3: ‘Guna Shimmer Untuk Cipta Ilusi Mata 

Foto – @lulucons (IG)
  • Langkah terakhir, pastikan kamu gunakan shimmer eyeshadow atau glitter eyeshadow.
  • Dab eyeshadow tersebut di atas eye bags yang telah kita cerahkan di Langkah 2.
  • Tujuannya adalah untuk jadikan mata lebih 3D dan besar. Ketika dab pastikan eyeshadow tak terlalu tebal dan berkumpul di satu tempat.
  • Jangan lupa untuk pakai kanta sentuh sebagai sentuhan yang terakhir bagi mendapatkan mata yang besar seperti anak patung.

DIVA Syorkan Shimmer Eyeshadow / Glitter Eyeshadow:

DIOR Backstage Glow Face Palatte [RM210] / Tarte Tartelette Full Bloom Amazonian Clay Eyeshadow Palette [RM230]

Foto – DIOR / Sephora

Selamat mencuba!

FILED UNDER #divakongsidolly eye makeupmekap mata anak patung
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.