Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Raikan Diri Anda Bersama Levi’s Dengan Kempen Ramadan “You Are Wonderfully Made”

by Lisa AG
April 11, 2022
Foto - Levi's

Foto - Levi's

12
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sekali lagi Levi’s tampil dengan kempen istimewa Ramadan dengan mesej “You Are Wonderfully Made” (Anda Diciptakan Sempurna) kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia menggalakkan semua untuk memaparkan nilai-nilai keperibadian diri melalui gaya mereka.

Dengan menyedari betapa pentingnya aspek individu dan peribadi seseorang, Levi’s ingin menekankan tentang ekspresi diri, dimana setiap individu adalah unik dan sempurna. Setiap orang mempunyai keinginan untuk membuat kebaikan dalam cara tersendiri.

Tak lupa Levi’s turut membawa koleksi kapsul istimewa untuk Ramadan kali ini. Keselesaan dalam bergaya itu yang Levi’s terapkan.

https://www.instagram.com/p/CbucOXEhYdW/

Perkenal Koleksi Kapsul Eco Performance Untuk Ramadan

  • Koleksi Eco Performance Climate Levi’s

Terdiri daripada fabrik inovatif yang diperbuat dengan ciri-ciri penyamanan dan sesuai untuk negara beriklim panas tropika seperti Malaysia.

Kain denimnya diperbuat daripada serat Aerolight yang mempunyai teknologi menyerap kelembapan di samping memberi kesan penyejukan, sekali gus memastikan anda sentiasa sejuk, kering dan selesa.

https://www.instagram.com/p/Cb_fcW3LcFC/

  • Chill Tech

Tambahan terbaru dalam Eco Performance Levi’s adalah Chill Tech, satu gabungan unik kapas dan serat lestari yang menghasilkan fabrik sangat lembut dan ringan dengan ciri-ciri menyejuk dan menyerap kelembapan.

Pada musim ini, Levi’s membawa pembaharuan pada platform Chill Tech dengan pelbagai pilihan washes, gaya dan padanan segar yang sempurna untuk Hari Raya nanti.

Teknologi Eco Performance Cool menawarkan ciri-ciri fabrik menyejukkan yang inovatif pada rekaan jeans denim klasik dan moden Levi’s.

https://www.instagram.com/p/CcEpEozjHbI/

Masih mengekalkan konsep “Buy Better, Wear Longer” (Beli Lebih Baik, Pakai Lebih Lama) untuk semua pelanggan dengan menggalakkan mereka membeli pakaian berkualiti lebih tinggi yang mampu bertahan lebih lama.

Gaya Ramadan 2022 kini boleh didapati di laman levi.com.my, semua butik Levi’s dan gedung-gedung di seluruh negara.

BACA:  Levi's Kembalikan Gaya Longgar & 'Gedoboh' 90-an Melalui Koleksi SilverTab™
FILED UNDER levi's ramadan 2022levi's raya 2022levis
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.