Rasanya mana-mana wanita akan setuju apabila DIVA katakan penampilan tanpa perhiasan extravaganza akan rasa tidak lengkap. Lebih-lebih lagi bila tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Bagi menjadikan sambutan raya kamu lebih meriah, apa kata dapatkan barang perhiasan daripada HABIB. Menerusi kempen Rantaian Kasih, seluruh koleksi raya ini memang glamor dan wajib kamu dapatkan!
Elemen Songket Fokus Utama HABIB
Demi terus promosikan warisan budaya Malaysia, HABIB menerapkan elemen songket yang menggabungkan konsep moden dan kontemporari ke dalam koleksi Oro Italia 916®, Amore, Grafetta dan banyak lagi.
Manakala koleksi eksklusif berlian pula terdiri daripada rantai leher panjang, subang dan kerongsang yang bermotifkan flora dalam rona emas kuning, emas putih dan emas ros.
Bukan itu sahaja kamu juga boleh dapatkan koleksi batu pertama dalam pelbagai warna, antaranya batu safir, delima, zamrud dan banyak lagi. Batu permata ini dihadirkan dalam set cincin, loket, subang, gelang tangan.
Kalau lelaki pula, boleh dapatkan cincin lelaki dan butang Baju Melayu yang diikat dalam palladium perak bertatahkan berlian dan batu permata.
Syiling Wafer Emas 999 Guna Reka Bentuk Yang Unik!
Memang tak lengkap beli-belah di HABIB jika tidak dapatkan syiling wafer emas sebagai pengganti duit raya. Untuk musim perayaan kali ini, HABIB perkenalkan syiling wafer emas 999 yang mempunyai reka bentuk rumah tradisional di Malaysia. Antaranya adalah;
- Rumah Perabung Lima, Kelantan Darul Naim
- Rumah Kutai, Perak
- Rumah Minangkabau, Negeri Sembilan
- Rumah Tradisional Melaka
- Rumah Serambi, Kedah
Yang best tentang syiling wafer emas 999 ini, kamu boleh dapatkan secara individu mengikut reka bentuk pilihan kamu dengan harga RM118. Sekiranya nak dapatkan kelima-lima syiling wafer emas 999 ini, kamu boleh dapatkan set ini dengan harga RM590. Memang berbaloi!
Koleksi Rantaian Kasih HABIB boleh didapati di seluruh bilik pameran bermula 4 April – 15 Mei 2022. Jangan lupa untuk layari web HABIB, Instagram dan Facebook untuk maklumat lanjut.