Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Lihat Idea Bertudung Dengan Skarf Monogram Jenama Mewah

by Indah Aziz
April 10, 2022
Foto - Burberry

Foto - Burberry

22
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dunia hijab kini sudah tiada batasan lagi apalagi sudah banyak idea kreatif serta jenama-jenama mengeluarkan set skarf yang sesuai untuk wanita berhijab menggayakannya.

Skarf jenama rumah fesyen seperti Gucci dan Dior antara yang sering mendapat tempat dihati pencinta fesyen kerana material skarf serta corak monogram yang cukup elegan dan versatil.

DIVA tampilkan beberapa idea dan pilihan skarf dari pelopor fesyen utama dunia untuk anda mengambil inspirasi.

#1 Dior Oblique Diortwin Square Scarf

Suka DIVA lihat gaya hijab dari Ameera Khan dengan skarf warna rose gold Dior. Beliau memilih untuk memakai sebagai tudung bawal tapi dikepilkan di tepi bahagian bahu. Kelihatan bersahaja dan kasual.

Foto – Instagram Ameera Khan / DIOR

#2 Gucci GG Bees Silk Scarf

Skarf yang paling popular dan boleh digayakan sebagai hijab, turban mahupun skarf leher. Tidak seperti skarf Gucci yang lain, ia ditambah dengan perincian corak lebah sebagai tanda peringatan kod pertama ready-to-wear Gucci diperkenal pada tahun 1970.

Foto – Gucci

#3 Versace La Greca Silk Foulard

Curi idea dari runway Versace ini! Penampilan model berhijab Ugbad Abdi dengan selendang monogram Versace kelihatan unik sekali. Malah, ditambah pula dengan topi baseball untuk aura chic dan moden.

Foto – Instagram Ugbad Abdi / Versace

#4 Louis Vuitton Romance Square

Dato’ Seri Vida memang tidak lekang dengan hijab dari Louis Vuitton. Hampir seluruh gambar-gambar #ootd Dato’ pasti lengkap dengan berhijab ala tudung bawal dengan jenama gah ini. Tudung monogram warna-warni digayakan dengan blaus polos, nampak ceria dan segar.

Foto – Instagram Dato Seri Vida / Pinterest

#5 Burberry Montage Print Silk Skinny Scarf

Model Ikram Abdi ialah model hijab pertama yang membawa nama Burberry. Jadi fesyen hijab beliau pasti muncul dengan monogram klasik Burberry. Buat anda yang ingin serlahkan gaya turban, boleh copy & paste stail Ikram. Turban yang ringkas menutup kepala dan biar lebihan selendang dibelakang.

Foto – Instagram Ikram Abdi / Burberry

Jangan takut untuk bermain corak monogram ketika memilih tudung. Ia antara salah satu cara mudah untuk berfesyen dan penyelamat jika anda mengenakan baju warna kosong.

Bagi DIVA pula, monogram dari jenama-jenama diatas boleh dijadikan fashion statement dan koleksi fesyen anda selain beg atau kasut.

FILED UNDER corak skarf monogramidea pakai tudungskarf jenama mewah
Share9SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.