Color corrector dan concealer? Bukan ke kedua-duanya ada fungsi yang sama?
Ya betul kedua-dua produk ini mempunyai fungsi yang sama tetapi ada bezanya tau. Penting untuk kamu tahu apakah perbezaan di antara color corrector dan concealer.
Bukan apa, jika kamu tahu apa bezanya mudahlah untuk kamu buat pilihan yang tepat bergantung pada keperluan kulit wajah.
Psst... Penting untuk kamu sentiasa ingat, pilih tona concealer yang padan dengan foundation. Ataupun pilih tona yang lebih cerah daripada kulit wajah kamu.
Apa Bezanya Color Corrector & Concealer?
Walaupun ada fungsi yang sama iaitu ‘hilangkan’ cela-cela termasuklah perkara yang tidak dikehendaki di wajah seperti dark circle, color corrector dan concealer akan jadi solusinya.
Bagi yang keliru color corrector dan concealer ada bezanya iaitu;
- Color corrector – Didatangi dalam pelbagai warna seperti krim, hijau, kuning, ungu, peach dan oren.
- Concealer – Mempunyai warna sama atau seakan-akan warna kulit.
Kebiasaannya color corrector digunakan sebelum concealer untuk jadikan kulit wajah lebih kepada palet neutral. Manakala concealer pula digunakan untuk imbangkan tona kulit yang tidak sekata dan berikan glow pada wajah.
Macam Mana Nak Gunakan Kedua-Duanya?
Siapa yang mempunyai cela-cela di wajah hingga dark circle, color corrector dan concealer adalah penyelesaian yang terbaik.
Bagi kamu yang memiliki masalah kulit wajah seperti di bawah, gunakan color corrector;
- Hijau – Sesuai untuk mereka yang ada kemerahan di hidung, rosacea atau jerawat.
- Peach atau oren – Sesuai untuk hilangkan dark circle dan di bahagian bawah mata.
- Ungu – Sesuai untuk individu yang miliki tona kulit pucat kuning atau biru.
- Kuning – Sesuai untuk menutupi tatu, parut dan seangkatan dengannya.
Pertama sekali nak guna color corrector, kamu tidak perlu sapu secara meleret tetapi hanya dab dengan perlahan di kawasan yang dikehendaki.
Selepas itu pastikan guna concealer yang sesuai dan beauty blender sponge yang lembap. Kemudian dab di atas color corrector dengan lembut sehingga yakin capai warna tona sekata dengan kulit sebenar.
Untuk pengetahuan kamu, teknik ini bertujuan untuk pastikan concealer dan color corrector kekal di tempatnya.
Jenama Terbaik Untuk Color Corrector & Concealer
Tak dinafikan ada banyak jenama color corrector dan concealer yang dijual di luar sana. Tetapi entri kali ini, DIVA nak kongsikan beberapa jenama terbaik yang jadi pilihan;
#1 MAC Cosmetics Studio Fix Conceal & Correct Palette [BELI]
#2 Lancôme Teint Idole Ultra Wear Camouflage Corrector [BELI]
#3 Sephora Collection Color Corrector [BELI]
#4 Fenty Beauty Pro Filt’r Instant Retouch Concealer [BELI]
#5 NARS Radiant Creamy Concealer [BELI]
Selamat mencuba!