Selepas sahaja pandemik berakhir ramai yang mula menghargai keharmonian dan nilai estetik yang ada pada setiap kediaman. Iyalah, dulu rumah biar sahaja tunggang-langgang, asal boleh bukan?
Namun kini, ramai berlumba-lumba mencipta dekorasi rumah yang cantik serta selesa apatah lagi di ruang dapur. Baru ada semangat untuk siapkan hidangan dan mencipta ruang yang diisi pelbagai idea.
Bagi anda yang baru bertatih hendak mencipta dekorasi yang estetik dan eye pleasing. DIVA boleh bantu dengan memberi beberapa item terbaru untuk menyerlah lagi sisi dapur anda yang cantik dan paling penting ia boleh guna juga!
#1 Set Dulang Kayu ala Jepun (BELI)
Kalau anda rajin belek Instagram komuniti foodies pasti perasan ramai yang guna dulang kayu begini. Ia bukan sahaja membuatkan ruang dapur dan meja makan nampak cantik tapi menaikkan lagi warna dan tekstur makanan anda.

#2 Bakul Penyimpanan Jenis Rotan (BELI)
Sesuai untuk menyimpan keperluan dapur yang lain seperti kain lap, produk pembersih dan makanan kering. Bakul ini boleh diletakkan dalam kabinet atau rak pantri anda.

#3 Cerek Air Minimalis (BELI)
Comel bukan? Malah boleh memasak air atas dapur gas dengan kapasiti sehingga 2 liter. Jadi ia bukanlah hiasan semata-mata.

#4 Jar Seramik (BELI)
Susun atur perkakas memasak anda seperti sudip, senduk atau pisau didalam bekas jar seramik ini. Ia memberi nafas yang baru yang lebih kemas, menarik dan tujuan yang utama ialah dapur kelihatan lebih elegan walaupun dari item yang kecil.

#5 Rak Herba Berpusing 360° (BELI)
Tak usah lagi beli rak bertingkat bila anda boleh pusing-pusing sahaja untuk memilih botol rempah dan herba. Bahkan rak ini menjimatkan ruang dapur anda.

#6 Penapis Enamel Vintage (BELI)
Gemar memilih kelengkapan dapur ala vintage? Nah, sekarang memang ramai jadikan penapis enamel ini sebagai perhiasan atau bakul buah-buahan. Jika lebih kreatif anda boleh jadikan penapis ini sebagai pasu untuk pokok bunga bagi dekorasi sudut dapur.

#7 Balang Kedap Udara (BELI)
Antara barang paling wajib ada di dapur aesthetic iaitu balang kedap udara dengan penutup buluh atau kayu ini. Ia antara keperluan utama untuk memastikan rak dan pantri dapur anda kelihatan tersusun.

#8 Set Pinggan Mangkuk Nordic (BELI)
Set pinggan ini boleh dijadikan sebagai aset hiasan didalam almari atau rak pinggan tambahan anda. Konsep pinggan yang ringkas dan bermain dengan warna pastel cukup serasi buat anda yang inginkan gaya dapur minimalis.

Semuanya cantik mata memandang dan sangat serbaguna untuk dapur anda. Mulakan rancangan untuk hiasi dapur anda dengan produk diatas.