The Collection daripada COACH? DIVA beri lima ⭐!
Untuk info kamu, The Collection yang dikeluarkan pada musim bunga ini merupakan surat cinta COACH kepada New York. Dalam kapsul ini, setiap satu itemnya dikeluarkan dalam warna yang cerah, ceria dan memiliki perincian yang praktikal.
“Musim bunga membentangkan visi saya tentang perbendaharaan kata baharu fesyen Amerika. Ia juga merupakan perayaan untuk optimisme penuh warna dan optimis pereka pertama COACH Bonnie Cashin”, kongsi Stuart Vevers, Pengarah Kreatif COACH.
Jom intai keseluruhan The Collection daripada COACH di bawah;
The Collection Ada Keunikan Tersendiri
Berbeza daripada jenama dan koleksi lain, The Collection memberi fokus pada pelbagai perincian seperti plaid, houndstooth dan trompe l’oeil. Ditambah pula dengan kemunculan inspirasi Cashin Carry Tote, memang jadi pelengkap gaya!
-
Houndstooth
DIVA sukakan kapsul ini kerana saiznya besar daripada saiz biasa. Dengan paduan warna-warna berani serta cerah, cetakan kotak-kotak dan houndstooth ini sebenarnya diambil dari arkib Bonnie. Memang unik kan?
-
Trompe L’oeil
Yang menariknya tentang kapsul ini, COACH menggunakan teknik seni bagi mencipta ilusi optik yang menjadikan setiap imej nampak realistik seperti 3D.
-
Cetakan Vintaj
Satu perkataan yang sesuai untuk gambarkan kapsul cetakan vintaj- RETRO! Pilih sama ada cetakan plaids atau quirky snail, memang penuh dengan daya tarikan.
-
Cashin Carryall Tote
Diinspirasikan oleh ikon “Cashin Carry“, Cashin Caryall Tote ini mempunyai tiga bahagian yang memudahkan anda membuat penyusunan dalamnya. Diperbuat daripada glovetanned leather, anda boleh gayakan dengan pakai di bahu atau secara silang.
Untuk dapatkan keseluruhan kapsul The Collection, anda boleh beli [DI SINI]. Selamat membeli-belah!