Sudah banyak teknik mekap yang DIVA telah kongsi dengan anda. Namun trik mekap kali ini sangat bagus untuk anda yang mengalami masalah lingkaran hitam pada bawah mata.
Trik layangan pemerah pipi di bawah mata sebenarnya sangat bagus untuk sembunyi dark circles dan sekaligus memberi ilusi segar dan muda pada hasil solekan. Ia kembali menjadi kegemaran para mekap artis runaway pada tahun 2021.
- Foto – arkib DIVA
Blusher yang disapu pada bawah mata seolah-olah bertindak seperti concealer atau color corrector. Lapisan warna blusher mampu memudarkan keadaan gelap atau kebiruan bawah mata.
Warna blusher yang sesuai?
Namun begitu, tidak semua warna blusher yang sesuai untuk teknik ini. Anda kena pilih blusher dari rona coral, merah jambu atau peachy. Warna sebegini paling efisyen untuk mengurangkan warna gelap kebiruan dan kelabu lingkaran.
Malah, ia harus pemerah pipi jenis bedak matte (powder matte), dan tidak mempunyai sebarang kilauan (shimmer). Ini kerana shimmer akan mengganggu pori-pori dan garisan halus di kawasan mata.
- Foto – Realizing Beauty
Cara sapu blusher
Mulai mekap anda seperti biasa dengan skin care, foundation base sehinggalah ratakan concealer dan lengkapkan pembayang mata.
Hayunkan sedikit sahaja kuantiti blusher pada bawah mata anda. Pastikan anda lakukan ini setelah menyapu setting powder supaya hasil bawah mata tidak tebal dan berkerak.
Jika anda ingin lebih jelas, boleh ikuti info dari video TikTok @paintedbyspencer dibawah;
@paintedbyspencer Reply to @thekimmys lemme’ explain 🥰 #undereyeblush
Senang bukan? Cuba anda praktis dan jangan lupa untuk kongsi juga tips ini pada rakan-rakan mekap anda!