Bila ada dark circle, memang rasa annoying sebab mata akan nampak seperti panda. Langsung nampak tak cantik bila tenung lama-lama dalam cermin.
Kalau kamu nak tahu dark circle ini bukan sahaja akan buat wajah kurang berseri dan letih, malah wajah akan nampak lebih tua daripada usia sebenar tau.
Tapi jangan risau kerana ada banyak cara untuk hilangkan dark circle. Untuk entri kali ini, DIVA kongsikan apa yang Dr. Barbara Sturm kata mengenai masalah dark circle ini dan cara penyelesaiannya.
Kenapa Dark Circle Boleh Terjadi?
Bagi anda yang kurang peka, dark circle ini adalah kawasan bawah mata yang menjadi lebih gelap disebabkan oleh saluran darah yang sempit. Kesannya berlaku pigmentasi pada kulit dan kulit jadi menipis di sekitar mata.
Ada banyak sebab kenapa dark circle ini boleh berlaku, dan salah satunya adalah;
- Usia meningkat – Kuantiti lemak dan kolagen bawah mata makin hilang hingga kulit mata jadi lebih nipis.
- Faktor persekitaran – Tidur tidak mencukupi, terdedah pada matahari tanpa perlindungan, tekanan dan genetik.
- Alahan atau hidung tersumbat – Urat bawah mata akan mengembang dan jadi lebih gelap.
- Skrin elektronik – Mata alami ketegangan dan kerengsaan hingga terpaksa gosok mata berlebihan.
Apa Cara Terbaik Untuk Hilangkan Dark Circle?
Untuk hilangkan dark circle, DIVA ada beberapa saranan iaitu amalkan gaya hidup yang lebih sihat, gunakan produk penjagaan kulit yang sesuai dan dapatkan rawatan estetik jika teruk.
- Rawatan Estetik
Anda boleh lakukan rawatan micro-needling iaitu kecederaan mikro yang terkawal pada kulit untuk merangsang pengeluaran kolagen. Tujuan rawatan ini juga membolehkan produk penjagaan kulit dapat diserap ke dalam kulit dengan lebih baik.
- Rawatan Semula Jadi
Banyak rawatan semula jadi yang boleh dilakukan dan antara yang paling popular adalah gunakan uncang teh di bawah mata. Cara ini boleh menyejukkan mata dan melebarkan saluran darah hingga hilangnya dark circle.
Selain itu anda juga boleh amalkan diet anti radang seperti perbanyakkan buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan lemak sihat. Yang penting kena kurangkan alkohol dan juga kafein ye.
Pilihan DIVA Tangani Masalah Dark Circle
Selain daripada rawatan estetik atau semula jadi, DIVA ada solusi untuk kamu yang mahukan produk penjagaan wajah. Antara produk yang perlu kamu guna bagi hilangkan dark circle adalah;
Dr Barbara Sturm Eye Cream [BELI]
#1 Krim mata yang mempunyai bahan seperti pathenol dan glycerin untuk kunci kelembapan dan menenangkan kulit di bawah mata. Bahan tambahan seperti yeast extract juga dapat cerahkan dan hilangkan kedutan.
#2 Suncreen perlu sentiasa digunakan kerana ia dapat mengurangkan penampilan dark circle dan hiperpigmentasi. Jangan lupa untuk pilih sunscreen yang beri perlindungan UVA dan UVB.
Pada masa yang sama DIVA turut memilih beberapa produk yang sesuai dan terbaik untuk hilangkan dark circle dengan efektif;
-
La Mer The Eye Concentrate [BELI]
-
Charlotte Tillbury Cryo Recovery Eye Serum [BELI]
-
DIOR Capture Youth Age-Delay Advanced Eye Treatment [BELI]
-
Sunday Riley Auto Correct Brightening & Depuffing Eye Contour Cream [BELI]