Paduan warna hitam dan emas membuat penampilan Dua Lipa terlihat menawan dan elegan.
Ya, DIVA masih tak boleh move on dengan gaya Dua Lipa ketika melangkah ke karpet merah Grammy 2022.
Seksi menggoda dalam balutan dress ikonik rekaan Versace, Dua Lipa memang memukau sekali. Di tambah lagi dengan gaya rambutnya yang panjang diwarnakan platinum blonde.
Kombinasi Hitam Keemasan
Dress panjang berwarna hitam memperlihatkan lekuk tubuh Dua Lipa dan memiliki banyak tali hitam keemasan serta bahagian kerawang yang membuat penampilannya bertambah seksi sekali.
Belahan tinggi di bahagian belakang dress pula memberi ilusi ketinggian Dua.
Bling Bling Perhiasan Kemas
Untuk melengkapkan lagi penampilan, Dua membuat penambahan pada aksesori. Pelantun lagu Levitating memakai banyak lapisan gelang, cincin, rantai, dan juga subang emas. Kukunya juga senada dengan warna emas.
Cindy Crawford Pernah Pakai Dress Yang Sama
Cindy Crawford mengingatkan kita bahawa penampilan tertentu tidak pernah ketinggalan zaman. Supermodel lagenda itu berkongsi posting di Instagram yang memuatkan foto dirinya pada tahun 1992, ketika dia memakai dress Versace hitam itu untuk Anugerah Muzik Video MTV.
“Then and now 🖤 Timeless,” Crawford memberi kapsyen pada foto itu, dengan menandai akaun Instagram Dua Lipa dan Versace.
Dress ikonik itu pada mulanya dipakai oleh supermodel Christy Turlington ketika pertunjukan fesyen Versace 1992 di Milan.
Selebriti lain turut memakai versi masing-masing, termasuk Donatella sendiri, Kaia Gerber dan Kim Kardashian. Malah Elizabeth Hurley ketika tayangan perdana filem Four Weddings and a Funeral tahun 1994.