Marks & Spencer turut sama meraikan bulan penuh keberkatan yang mulia ini dengan Ramadan 2022 Collection. Terdapat rangkaian hamper, makanan menyelerakan serta koleksi pakaian untuk kaum hawa yang penuh sopan.
Marks & Spencer berbesar hati mengumumkan Koleksi Ramadan mereka, rangkaian fesyen yang disesuaikan dengan majlis, gaya yang membawa kepada kemewahan dan keanggunan kepada si pemakai.
Rekaan Yang Versatile
Koleksi penuh versatile yang mudah dipakai setiap hari, dengan kualiti dan keselesaan yang terjamin. Fabrik ringan yang berangin, perincian sederhana memikat dan aksen berwarna-warni menjadikan wanita cukup manis bergaya.
- Foto – Marks & Spencer
Stail merangkumi maxi skirt, blouse, dress, wide leg pants yang kesemuanya sesuai untuk semua majlis, dari Iftar hingga Sahur dan seterusnya.
- Foto – Marks & Spencer
Paling istimewa, maxi dress bermotif bunga diperkenalkan pada bulan Ramadan. Dihasilkan daripada fabrik campuran kapas ringan yang bertingkat melalui skirt untuk bentuk halus, dengan kesan metalik menyeluruh untuk kemasan bergaya dan rasa ultra feminin.
- Foto – Marks & Spencer
Direka dengan perincian pintuck di bahagian pinggang, bahu dan pergelangan tangan untuk mencipta kesan yang disesuaikan untuk siluet. Potongan elegan ini akan menyerlahkan lagi almari anda.
Untuk info lanjut tentang Marks & Spencer Ramadan 2022 Collection, lawati mereka di sini.