Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Cari Inspirasi Fesyen Dengan Lawati 5 Butik Mewah Di KL

by Soph.Azz
April 5, 2022
Foto - The Gardens Mall

Foto - The Gardens Mall

31
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kadang kala memang habis idea atau tiada inspiasi untuk bergaya. Nak ulang-ulang gaya yang sedia ada, nampak bosan pula kan?

Untuk cari inspirasi atau idea bergaya setiap hari, apa kata kamu lawati beberapa butik mewah di Kuala Lumpur.

Mungkin bila lihat hiasan dalaman, susun atur dan reka bentuknya boleh menyuntik sedikit sebanyak inspirasi pada kamu. Nak lawati butik mewah di Kuala Lumpur, DIVA pilih lima butik fesyen berikut;

Bonia, Suria KLCC 

Sekali pandang memang nampak seperti muzium atau galeri seni, bukannya butik fesyen!

Foto – Bonia

Butik flagship Bonia ini direka oleh arkitek dari London, Oskar Kohnen yang mengubah butik ini kepada ‘taman permainan’ berbanding bilik pameran.

Foto – Bonia
Foto – Bonia

Psst… Kalau perasan ada tangga hijau di tengah butik ini. Tangga itu adalah tanda peningkatan Bonia yang bermula dari pasaran tempatan ke antarabangsa.

Tom Ford, The Starhill 

“Handsome dan berkarisma”- Dua perkataan yang sesuai untuk gambarkan keseluruhan butik Tom Ford yang mewah ini.

Foto – First Class
Foto – First Class

Dihiasi dengan palet warna kelabu dan coklat, lebih banyak cermin dalam butik memang dapat cetus inspirasi dan idea untuk look seterusnya.

Foto – First Class

Off-White, The Starhill 

Butik Off-White yang menampilkan pakaian rumah serta aksesori lelaki dan wanita ini sangat menarik perhatian.

Foto – Tatler Asia

Jika masuk ke dalam butik ini, perhatikan jubin terracotta berwarna putih yang dipadankan dengan marmar biru. Lampunya iaitu lampu pantograph digantung untuk berikan gambaran seperti berada di studio gambar yang chic!

Foto – Tatler Asia

Mungkin di sini kamu boleh mencuba untuk bergaya kasual dan chic. Atau boleh juga mix and match gaya sedia ada dengan barangan dari Off-White.

Tous, Bangsar Village 2 

Butik barang kemas Sepanyol, Tous di Bangsar Village 2 dihiasi dengan warna jambu merah yang ceria.

Foto – TOUS
Foto – TOUS

Dengan warnanya yang lebih feminin ini, kamu dapat memadankan setiap item seperti barangan kulit, beg tangan, tudung, jam tangan atau minyak wangi mengikut citarasa kegemaran kamu.

Foto – TOUS

Burberry, The Gardens Mall 

Besar dan cantik apabila masuk ke dalam butik Burberry di The Gardens Mall ini. Direka dengan kerjasama seorang arkitek terkenal iaitu Vicenzo De Cotiis, ruang butik ini dihiasi dengan warna check ikonik Burberry.

Foto – The Gardens Mall
Foto – The Gardens Mall

Melalui reka bentuk dan item yang ada dalam butik ini, kamu boleh cipta gaya mix and match ikut kesesuaian dan gaya peribadi kamu.

Foto – The Gardens Mall

Sambil cari inspirasi untuk fesyen, kamu juga boleh dapatkan item baru dari setiap butik mewah ini.

FILED UNDER butik fesyen malaysiabutik inspirasi fesyenbutik mewah malaysia
Share12SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.