Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Kenapa Kena Pakai Retinol Bila Umur 30-an?

by Indah Aziz
April 9, 2022
Foto - scmp.com

Foto - scmp.com

80
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Dah masuk golongan 30-an tahun ini?

Cuba perhatikan sekeliling wajah anda, ada tak garisan halus yang kian muncul sekitar dahi, pipi, hujung mata dan leher. Jika ada, itu petanda pengeluaran elastin anda semakin perlahan dan menyebabkan kulit kelihatan berusia.

Para dermatalogi bersetuju jika anda sudah nampak tanda-tanda perubahan kulit, ini masa yang sesuai untuk menerapkan retinol dalam rutin penjagaan wajah.

Kulit ketika umur 30 tahun

Perubahan kulit wajah ketika usia 30-an akan lebih ketara kerana ia hasil dari kerosakan ketika 20-an yakni dari sinaran matahari, kekurangan pendedahan tentang skin care dan pelbagai radikal bebas yang bahaya.

Lama-kelamaan kulit akan lebih memerlukan perhatian.

Foto – NewBeauty

Jangan pula anda fikir sudah terlambat untuk menambah retinol dalam langkah skin care. Ada yang berpendapat lewat usia 20-an iaitu sekitar 25 hingga 30 tahun adalah langkah terbaik untuk menyapu retinol.

Ini kerana jika anda mula terlalu awal, kulit masih belum lagi kuat dan kepekatan produk boleh memberi kesan sampingan. Retinol boleh menyebabkan pertumbuhan jeragat pra-matang kerana mengaktifkan sel kulit dengan cepat.

Malah seawal 20-an, kita masih terbelenggu dengan kondisi kulit yang berjerawat, breakout tak tentu masa atau mengalami kombinasi kulit yang tidak seimbang.

Tapi percayalah, tunggu masuk umur 30, perlahan-lahan semua itu akan hilang dan anda kena tumpu pula pada cetusan garisan halus dan tompokan pigmentasi.

Apa perlu buat?

Jadi tidak ada masalah pun kalau baru start pakai retinol masa hari jadi umur 30 tahun! Sekurang-kurangnya anda sudah memudarkan kesan penenuaan beberapa tahun akan datang.

Foto – Healthline

Tak lupa juga dengan penggunaan krim pelindung matahari.

BACA:  Boleh Dipakai AM & PM, Patut Ramai Suka innisfree Retinol Cica Repair Ampoule

Retinol berupaya meningkatkan sensitiviti kulit terhadap cahaya ultraungu yang boleh menyebabkan kulit mudah terbakar a.k.a kulit lagi cepat tua.

Jadi hati-hati, jangan hanya semata pakai retinol tapi tidak suncreen. Sebaiknya pilih sunscreen dengan minimum spektrum SPF 30 setiap hari.

Nasihat DIVA, sentiasa rajin membersih muka, merawat dengan pelembap, memakai sunscreen pada sebelah pagi dan paling penting menambah retinol dalam rutin penjagaan kulit ketika waktu malam.

FILED UNDER bila kena guna retinolRetinolwanita 30 tahun
Share32SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.