Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

10 Wangian Lilin Dari Brand Lokal Hingga International!

by Indah Aziz
April 9, 2022
Foto - Jo Malone

Foto - Jo Malone

121
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Aroma wangian bukan sahaja dapat membangkitan mood bahkan memori yang sudah lama dilupakan.

Wangian lilin sudah menjadi aromaterapi baharu yang mudah dipasang, dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Kini di Malaysia, bak cendawan tumbuh selepas hujan terdapat banyak usahawan kecil memulakan perniagaan berteraskan wangian.

Buat anda yang mencari-cari haruman lilin untuk memenuhi aura romantis bulan madu atau majlis akad nikah seperti Neelofa. DIVA ada sediakan 10 koleksi haruman lilin dari buatan Malaysia serta antarabangsa.

Seleksi wangian lilin dari jenama tempatan..

  • The Candle Hour

Tenangkan fikiran anda atau meditasi dengan haruman kelembutan lavendar dari lilin The Candle Hour. Ia antara bauan terbaru yang diperkenal.

View this post on Instagram

A post shared by The Candle Hour HQ (@the.candlehour)

  • NYALA Kraf Lilin

Anda lebih suka mood dark side? Boleh cetuskan dengan pilihan bentuk-bentuk lilin menggerunkan dari NYALA Kraf Lilin. Sesuai untuk dijadikan hadiah buat teman-teman ’emo’ anda!

View this post on Instagram

A post shared by TUKANG LILIN STUDIO (@tukanglilinstudio)

  • Lilin + Co

Lilin dari Lilin + Co. sentiasa mendapat perhatian ramai dan wangian laici dan black tea ialah lilin terlaris mereka. Wangian lembut dan segar sesuai untuk apa jua suasana.

View this post on Instagram

A post shared by Lilin+Co (@lilinandco)

  • Nyala

Jenama lilin Nyala merupakan dari influencer tempatan iaitu Azfar Heri. Variasi wangian yang dicipta sangat menenangkan dan anda boleh dapatkan dalam bentuk set hadiah.

View this post on Instagram

A post shared by Nyala Candle (@nyalahq)

  • Oh Lilin

Paling popular dikalangan pencinta pewangi lilin tempatan iaitu Oh Lilin. Anda boleh pilih 13 wangian signature pilihan Oh Lilin yang semuanya berteraskan bunga dan tumbuh-tumbuhan.

View this post on Instagram

A post shared by Oh Lilin (@ohlilin)

Mari kita lihat pula jenama-jenama lilin antarabangsa yang tak rugi labur duit untuk citarasa mewah dan menenangkan.

  • Bath & Body Works  

Jika anda seorang peminat produk Bath & Bodu Works pasti tahu dengan kepelbagaian haruman lilin yang ditawarkan. DIVA cadang untuk anda dapatkan lilin dari koleksi White Barn iaitu Champagne Toast. Haruman manis yang memikat, lembut dan tahan lama!

View this post on Instagram

A post shared by Bath & Body Works Malaysia (@bathandbodyworks.my)

  • Jo Malone 

Antara jenama wangian yang menjadi kegilaan ramai iaitu Jo Malone. Dari minyak wangi hinggalah seleksi lilin semuanya mencipta bauan yang malar, segar dan feminin. Pilihan DIVA untuk Jo Malone ialah Peony & Blush Suede. Sesuai untuk bilik tidur si gadis perawan.

https://www.instagram.com/p/CJBfpMHnUPF/

  • Malin + Goetz 

Dari produk penjagaan wajah hinggalah wangian lilin semuanya berteraskan organik dan alam semulajadi. Jenama Malin + Goetz tidak ketinggalan memberi cetusan sixth sense terbaharu dengan wangian lilin ‘tomato’. Kalau anda mahukan lain dari yang lain, boleh cuba tau!

View this post on Instagram

A post shared by MALIN+GOETZ (@malinandgoetz)

  • Goutal Paris 

Goutal Paris ialah dewa-dewi kepada segala wangian mewah, feminin dan romantis. Ia jenama wangian mewah luar biasa paling digemari di Paris. Buat anda yang ingin mencari kualiti dalam setiap haruman. Pilih Goutal Paris yang mempunyai not-not wangian dari bunga, sitrus, mawar, segar, manis dan buah-buahan. 

View this post on Instagram

A post shared by Goutal Paris (@goutalparis)

  • OUAI 

Tak sangka jenama penjagaan rambut dan kulit ini turut mempunyai dua pilihan wangian lilin iaitu Melrose Plave dan North Bondi. Apa yang DIVA suka dengan lilin OUAI ialah bekas lilin sangat aesthetic pleasing dan sesuai untuk dekorasi rumah minimalis. 

View this post on Instagram

A post shared by OUAI (@theouai)

Tips pilih lilin pewangi

Terlalu banyak ura-ura yang mengatakan lilin boleh merbahaya kesihatan. Jangan terpedaya dengan semua itu.

Kini sudah banyak jenama lilin yang diperbuat dari bahan-bahan mesra alam dan paling penting selamat digunakan.

Anda boleh pilih lilih dari lilin lebah (beeswax) atau lilin soy (soy wax). Begitu juga dengan minyak pati yang bebas dari paraben, bebas phthalate dan telah mendapat piawaian keselamatan.

Dah dapat idea nak haruman apa untuk hari ini?

FILED UNDER jenama lilin malaysiatips pilih lilinwangian lilin
Share48SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.