Hari lebaran bakal menjelang, walaupun masih dikira awal lagi untuk menyiapkan persiapan hari raya tapi ambil peluang ini untuk menjengah trend fesyen raya terkini. Apa lagi selepas dua tahun kita beraya hanya terperap di rumah. Jadi, tahun ini mari sama-sama up-to-date gaya fesyen raya!
Jika anda sudah punya idea set pakaian, jangan lupa dengan aksesori pelengkap gaya iaitu beg tangan. Kali ini DIVA ingin berkongsi beberapa jenama fesyen tempatan yang mempunyai koleksi beg tangan menarik.
Ada yang classy, moden dan unik untuk menjadikan gaya fesyen tahun ini lebih instagrammable!
1. Nurita Harith x Milliot & Co. (BELI)
Koleksi beg tangan unik ini terus menambat hati DIVA. NH Nyrie Top Handles Bag, rekaan hasil buah tangan pereka fesyen terkenal Nurita Harith ini memang boleh dijadikan sebagai salah satu eye-catching untuk persalinan raya anda.
Pilihan warna pula dari warna pastel dan hitam yang sangat sesuai untuk mix-match apa jua warna baju raya anda. Ia boleh digayakan sebagai clutch bag atau sling bag dengan tambahan tali panjang.
2. Rizman Ruzaini Ira Shoulder Bag (BELI)
Jangan terkejut, jenama pilihan selebriti paling terkenal di Malaysia ini juga mempunyai koleksi beg tangan anggun iaitu RR Ira Shoulder Bag.
Ia serba mewah dengan logo monogram RR pada dua sisi beg tangan serta pada bahagian tali beg. Pilihan beg ini cukup sesuai untuk anak-anak muda yang inginkan gaya klasik tapi tetap chic ketika memakai baju kurung raya.
https://www.instagram.com/p/CbhuhClJHbo/
3. Bonia (BELI)
Antara menjadi kegilaan ramai iaitu Bonia Gianna Shoulder Bag. Raya kali ini masa yang sesuai untuk melaram beg tangan serba cantik ini. Rekaan yang polos bersama 6 warna segar bagi membangkitkan aura ceria di pagi hari raya. Lebih lagi ketika bertandang di rumah sanak-saudara.
Walaupun ia kelihatan ringkas, tapi jenama Bonia memberi sentuhan kraf dari material kulit dan perincian logo dan zip bersifat metal gold. Tak salah pun tambah satu lagi aset beg tangan sempena hari raya ini dengan Bonia.
4. Sometime By Asian Designers (BELI)
Sesuatu yang berbeza untuk raya kali ini dengan koleksi beg tangan Esknot dari Sometime By Asian Designers.
Tali bag yang diperbuat dari kulit sintetik premium boleh diubah suai mengikut citarasa anda. Hanya simpulkan tali bag untuk dijadikan sebagai shoulder bag, cross body atau ala tote bag.
Jika anda bijak, gayakan Esknot sebagai shoulder bag ketika aktiviti ziarah keluarga dan bila sebelah petang pula tukarkan gaya lebih kasual seperti cross body ketika beriadah bersama teman-teman.
5. Penan Lab (BELI)
Tradisional, klasik dan ayu menjadi daya tarikan pada beg tangan terbaru dari Penan Lab. Ia sebuah clutch bag jenis anyaman lengkap bersama tali berantai.
DIVA dapat bayangkan anda berkebaya sambil membimbit beg cantik ini. Sudah pasti membuat ramai yang tertawan dengan gaya asli.
6. Paku Store (BELI)
Terasa nak pakai beg tangan buatan sendiri? Anda boleh dapatkan khidmat bengkel pembuatan beg tangan dari Paku Store. Ia sebuah jenama fesyen lokal yang memperkenalkan aktiviti membuat beg tangan dari A – Z.
Atau anda boleh pilih sahaja rekaan clutch bag dari Paku ini yang boleh dicetak nama anda pada beg. Ia sebuah beg tangan genit sesuai buat anda yang sukakan gaya berani dan moden.
Sudah ada yang terkenan? Raya tahun ini pasti lebih menyerlah dan paling penting anda support lokal!