Tampil dengan siluet berwarna-warni dan serba boleh, Salvatore Ferragamo memperkenalkan ikon yang bakal mencuri tumpuan untuk musim bunga/panas 2022 ‘Cage Bag’.
Sebuah beg yang berbentuk baldi bulat kompak diinspirasikan oleh sandal Kimo yang dicipta Salvatore Ferragamo pada tahun 1951. Ferragamo Cage Bag merupakan beg tenunan kulit yang sangat ringan dengan rekaan yang sofistikated dan penuh karakter.
- Foto – Salvatore Ferragamo
Mempromosikan Ferragamo Cage Bag, rumah fesyen ini turut melancarkan kempen istimewa untuk musim bunga/panas 2022.
- Foto – Salvatore Ferragamo
Diinspirasikan oleh kecantikan dan kepelbagaian wanita, supermodel dan pelakon Mariacarla Boscono adalah muse yang merangkumi visi kontemporari Maison Ferragamo melalui Cage Bag.
Kempen ini adalah potret intim keupayaan untuk merangkul berbilang jiwa dalam satu. Intipati warisan kreatif dan artisan rumah fesyen tersebut.
- Foto – Salvatore Ferragamo
Kempen Ferragamo Cage Bag tentang setiap wanita yang berbeza ironi dan kesungguhan, keberanian dan pemalu, kebanggaan dan keintiman, keghairahan dan formaliti. Dalam satu perkataan unik.
- Foto – Salvatore Ferragamo
Lihat rangkaian Ferragamo Cage Bag di sini.