Sekali pandang, memang DIVA tak sangka betul pelakon dan model terkenal Kavita Sidhu sangat sukakan memakai pakaian orang Melayu.
Sebut sahaja sama ada baju kurung, kebaya mahupun kaftan, semuanya nampak terletak elok pada model tinggi lampai ini. Psst… Kavita pernah beritahu dia memang suka dan gemar memakai pakaian-pakaian ini kerana sangat selesa.
Tidak langsung nampak canggung, ini antara beberapa gaya Kavita Sidhu dalam baju kurung dan baju kebaya yang jadi pilihan DIVA;
Mahu sedondon dengan suami, Kavita mengenakan baju kebaya berwarna hitam daripada Fiziwoo.
Menggelar baju kebaya kegemarannya sebagai ‘Mandarin Kebaya’, memang nampak sangat ayu!
Bersempena dengan Hari Kebangsaan negara, Kavita tampil dalam persalinan kebaya berwarna biru.
Nampak terletak elok di badannya, baju kurung sarung berona hijau coklat jadi pilihan Kavita.
Sambil menyambut Hari Raya di kampung, Kavita tak lupa untuk mengenakan baju kurungnya.
Pilihan kurung moden daripada Fiziwoo, Kavita nampak sangat elegan di sebuah majlis rasmi.
Ketika menziarahi kubur, Kavita tidak lupa untuk mengenakan kaftan longgar dan selendang untuk menutup bahagian kepalanya.
Walaupun suka memakai kebaya, Kavita juga pastikan suaminya mengenakan baju melayu hitam yang sedondon dengannya.
Kavita mendedahkan dia telah mereka baju kurung Pahang untuk koleksi Rayanya sendiri, memang hebat!
Petik bunga di laman pun tetap nampak cantik dengan baju kurungnya!
Persis wanita Melayu terakhir, dengan ketinggiannya memang sesuai sangat Kavita memakai kebaya.
Mengeluarkan label sendiri iaitu KVITA, Kavita mengenakan baju kebaya yang mempunyai perincian sulaman manik di bahagian leher.
Ketika di Festival Fesyen Islam KL, Kavita mengenakan gaun panjang manik yang direka khas oleh Farah Khan.
Memang cantik kan? Langsung tak nampak kekok, malah terletak elok di badannya yang tinggi lampai itu.