Berjalan di pentas peragaan, saluran Youtube, nampaknya portfolio Hailey Bieber makin mekar kerana dia kini menceburi dunia rekaan fesyen. Hailey Bieber baru sahaja melancarkan koleksi kaca mata buat kali pertama bersama Vogue Eyewear.
Hailey Bieber x Vogue Eyewear menampilkan empat gaya ‘sun’ dan ‘optical’ untuk meraikan musim baru. Koleksi padat terdiri daripada rona tanah yang bergaya dan bingkai logam dalam bentuk unik seperti gaya yang sering dipakai oleh supermodel itu sendiri.
Untuk projek ini, Hailey menekankan kepentingan serba boleh semasa mencipta kaca mata. Dan tidak terikat dengan gaya yang sama untuk masa yang lama.
“Vogue Eyewear terkenal dengan gaya unik untuk semua orang, dan saya percaya kaca mata ialah aksesori yang boleh menaikkan rupa anda.
“Dengan kerjasama ini, kami menumpukan pada mereka bentuk yang sesuai dengan mana-mana gaya,” kongsi Hailey.
Kerjasama itu menggabungkan ‘kecantikan asli dengan gaya selebriti’ tetapi masih menerapkan signature personaliti Hailey Bieber.
“Kerjasama ini istimewa bagi saya kerana saya dapat bekerjasama dengan pasukan untuk mereka bentuk kaca mata yang dirasakan semula jadi, tetapi tetap bergaya dan menyeronokkan.
“Pasukan Vogue Eyewear sangat menyeronokkan untuk bekerjasama dan kami mempunyai masa yang hebat untuk koleksi kempen,” jelas Hailey lagi.
Koleksi Hailey Bieber x Vogue Eyewear sudah tersedia di www.Vogue-Eyewear.com.