Setiap kali melangkah keluar, Rihanna mengejutkan kita semua dengan pilihan fesyen yang luar biasa, dan sepanjang kehamilan buat masa ini, fesyennya tidak dijangka. Seperti seakan meraikan kehamilan, Rihanna sakan pamerkan baby bump yang kian membesar.
Tak hanya fesyen, keserian wajahnya juga turut terpancar. Betullah orang kata seri bakal ibu memang lain sikit, Rihanna turut terkena tempias. Korek punya korek, semuanya datang dari Fenty Skin dan Fenty Beauty.
Penghidratan + Perlindungan Matahari Rahsia Rihanna
Apa perkara yang paling penting untuk kulit kelihatan sihat dan bercahaya? Penghidratan + perlindungan matahari! Satu produk yang Rihanna tidak boleh hidup tanpanya ialah Fenty Skin Hydra Vizor SPF30 Sunscreen Moisturiser.
- Foto – Fenty Skin/Fenty Beauty
Pelembap dan pelindung matahari 2-dalam-1 ini ringan, bebas minyak dan benar-benar tidak kelihatan pada semua warna kulit. Diperkaya dengan Kalahari Melon dan Niacinamide, baik untuk penghidratan sepanjang hari serta perubahan warna dan bintik-bintik gelap, memberikan anda cahaya yang kelihatan semula jadi tanpa rasa atau kelihatan berminyak.
Tidak hanya itu, Rihanna tambahkan dengan Fenty Beauty Eaze Drop Blurring Skin Tint. Rihanna mahu mencipta litupan yang ringan, mudah digunakan, warna kulit yang fleksibel sesuai untuk penampilan tanpa solek, atau apabila anda ingin kelihatan ringkas.
- Foto – Vogue
Dengan kompleks QuickBlur yang menghidrat, ia serta-merta meratakan kulit anda dan menyerlahkan lagi kulit muka.
Anda boleh dapatkan Fenty Skin Hydra Vizor SPF30 Sunscreen Moisturizer dan Fenty Beauty Eaze Drop Blurring Skin Tint di Sephora.