“Episod yang ke-17 ke ni?”
Tahniah kepada pasangan K-Drama “Crash Landing On You“, BinJin iaitu Hyun Bin dan Son Ye Jin kerana baru melangsungkan perkahwinan semalam.
Majlis perkahwinan yang diadakan di Aston House, Sheraton Wakerhill, Seoul ini merupakan majlis tertutup. Majlis ini hanya dihadiri oleh pengantin dan rakan rapat sahaja sebanyak 200 orang.
Sepanjang majlis perkahwinan berlangsung, pengantin ini telah mengenakan dua busana pengantin berona putih. Memang cantik dan sepadan. Bak kata orang Inggeris ‘match made in heaven‘!
Untuk busana pertama Son Ye Jin telah memilih gaun pengantin milik rekaan Vera Wang, koleksi Musim Bunga 2020. Mengambil gambar berlatar belakangkan hiasan bunga berwarna merah jambu memang menaikkan seri pengantinnya.
Gaun pengantin tersebut nampak unik dengan perincian asymmetric pada bahagian lengannya. Erti kata lain, gaun pengantin off-shoulder dengan sedikit hint tulle di lengan. Gaunnya ini menggunakan lace yang dilapisi dengan tulle, memang cantik kan?
Manakala untuk busana pengantin kedua pula, Son Ye Jin mengenakan gaun pengantin dari Elie Saab, koleksi Musim Bunga 2022. Ringkas dengan garis leher berbentuk segi empat sama, gaun ini diperincikan potongan A-line dengan sulaman bunga di bahagian dada dan torso. Dipadankan pula dengan solekan minimal dan sanggul rendah, sangat perfect!
Tahniah sekali lagi dan selamat pengantin baru BinJin!