Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum kita menyambut bulan Ramadan! Ada yang sudah rancang ke menu berbuka atau tempat buka puasa?
Jika tiada sebarang perancangan apa kata kamu cuba berbuka puasa di MoMo. Pelbagai juadah buka puasa disediakan daripada burger popular sehingga ke snek. Memang sedap dan tak rugi langsung!
Best Menu Berbuka Di MoMo
Sebelum kamu berbuka di MoMo, DIVA mahu syorkan beberapa menu yang menarik untuk juadah berbuka puasa nanti.
Bagi kamu yang sukakan makanan yang berat atau mahu berbuka dengan makanan yang mengenyangkan, pastikan kamu cuba Salmon Avocado Waffle Sandwich dan Fricken’ Chicken Waffle Sandwich. Setiap satunya berharga RM25.
Salmon Avocado Waffle Sandwich adalah gabungan hirisan salmon salai, wafel klasik, guacamole, omelet, krim masam dan kucai. Manakala Fricken’ Chicken Waffle Sandwich pula padanan ayam goreng dan wafel klasik yang dihiasi dengan keju, mayonis dan daun bawang.
Kalau kamu mempunyai selera yang kecil atau tidak mahu makan makanan berat semasa berbuka, DIVA syorkan untuk mencuba hidangan yang berharga RM15 ini. Antaranya adalah;
- MoMo’s Meatball yang dibuat dengan tangan dihidang pula bersama sos tomato berkrim manis dan masam.
- Spicy Wings iaitu sayap dan drumette yang diperap dengan herba dan rempah ratus, dihidangkan bersama sos sriracha.
- Mild Wings sesuai untuk mereka yang kurang suka pedas dan diberikan sos keju sebagai ganti.
- Spiced Popcorn Chicken mempunyai citarasa tradisional Malaysia iaitu daun kari dan cili masam manis.
Tak lengkaplah kalau makan tanpa minuman kan? Jadi di MoMo jangan lupa untuk dapatkan susu kocak yang popular dan sedap iaitu Lemon Gula Melaka, Banana Avocado dan Mango Coconut dengan harga RM22 setiap satu.
Psst… Istimewa untuk Ramadan, MoMo’s KL menyediakan perkhidmatan dine-in dan bawa pulang untuk pelanggannya bermula 1-30 April; 7:30 malam sehingga 9 malam.
Untuk dine-in, anda boleh nikmati 1 burger atau hot dog, free flow teh ais, makanan sampingan dan aiskrim pada harga RM68. Untuk tukar minuman kepada milkshake (French Vanilla/Double Chocolate) hanya perlu tambah RM10 sahaja.
Pakej bawa pulang pula berharga RM88 yang terdiri daripada set 2 jenis burger/hot dog/waffle. Pilih 2 minuman (Earl Grey Berry Iced Tea, Virgin MoMojito, French Vanilla atau Double Chocolate Milkshake) dan 2 makanan sampingan (Spicy atau Mild Wings, Spiced Popcorn Chicken,
MoMo’s Meatballs).
Dengan harga yang berpatutan, memang tak rugi berbuka puasa di MoMo’s KL. Selamat berpuasa!