Tahniah AFEW x ASICS kerana berjaya mengumpul lebih RM61K untuk kerja amal menerusi koleksi GEL-LYTE™ III “Beauty of Imperfection CP1/1”.
Menarik pada hujung bulan Mac 2022 ini, AFEW dan ASICS sekali lagi berkolaborasi mengeluarkan kasut baru bagi GEL-LYTE ™ III “Beauty of Imperfection“.
Kolaborasi yang diberi nama ‘B.O.I.’ ini diinspirasikan oleh falsafah Wabi-Sabi iaitu kepercayaan falsafah Jepun. Tujuannya adalah untuk mencari kecantikan dalam ketidaksempurnaan.
Hasil daripada inspirasi tersebut, terciptalah kasut yang menampilkan gabungan warna Polar Shade dan Seagrass. Uniknya kasut GEL-LYTE™ III ini jalur ASICS di bahagian atas akan berubah warnanya bila kamu memakainya.
Selain diperbuat daripada suede premium, AFEW terkenal dalam hal perincian kemasan. Tidak hanya di bahagian luar sahaja, jalur ASICS telah dijahit dengan rapi di bahagian dalam juga. Manakala di tapak dalam yang diperbuat daripada gabus menampilkan dua karakter Jepun yang mewakili “Wabi-Sabi”.
Untuk jenama AFEW dan GEL-LYTE™ III pula, kamu boleh lihat perincian jenama ini dijahit di bahagian belakang tumit dan di tepi dalam warna putih di atas suede ungu. Dan buat pertama kalinya, AFEW x ASICS menggunakan pelindung tumit kulit untuk elak daripada ‘kasut makan kaki’ tau.
Apa pendapat kamu, cantik kan? Kalau nak beli kasut AFEW x ASICS GEL-LYTE ™ III “Beauty of Imperfection” ini, dapatkan di kedai rasmi ASICS, ATMOS KL dan TWELVEBACK dengan harga RM679.