Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Kenali Madammu, Pengasas Noir Health & Beauty Yang Bermula Dari ‘Zero To Hero’

by Opie Azizlan
March 31, 2022
Foto - Media Hiburan

Foto - Media Hiburan

21
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila di tengah bandaraya atau highway, pasti ramai yang perasan wajah jelita pengasas Noir Health & Beauty menghiasi papan iklan di sepanjang jalanraya. Sudahlah memang cantik, hardworking pula tu!

Eriyca Baiduri atau mesra disapa Madammu merupakan jutawan kecantikan terkenal dan orang penting di sebalik Noir Beauty & Health. Bagi siapa yang ikuti Madammu di media sosial, pasti tahu serba sedikit tentang hidupnya.

Menjadi pilihan untuk entri kali ini, DIVA nak kongsikan kisah Madammu yang menjadi inspirasi buat semua orang terutamanya wanita.

Wanita Sebalik Madammu 

Madammu merupakan seorang wanita berasal dari Terengganu. Dia telah dibesarkan dalam kehidupan yang sederhana bersama ibu dan dua adik beradiknya yang lain.

View this post on Instagram

A post shared by Eriyca Baiduri (@eriyca_baiduri)

Siapa sangka Madammu pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi pembaca berita selepas miliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa. Tetapi rezeki kerjayanya berada di laluan yang berbeza membuatkan Madammu tidak putus asa.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini telah menemui ‘obsesinya’ terhadap bidang kecantikan. Disebabkan oleh itu dia berani mengambil langkah menubuhkan Noir Health & Beauty bersama kakak dan adiknya.

View this post on Instagram

A post shared by Eriyca Baiduri (@eriyca_baiduri)

Dedah Madammu, sikap usaha keras dan tidak kenal erti putus asa ini diperoleh daripada ibunya yang merupakan pejuang kanser limfoma tahap 4. Katanya ibunya tetap berniaga dan menyaranya walaupun menghidapi kanser.

Mula Dari Bawah 

Sama seperti usahawan yang lain, Madammu memulakan perniagaannya dari bawah tapi apa yang bezakannya dengan usahawan lain adalah jalan cerita perniagaannya. Noir Health & Beauty pada asalnya dijalankan di sebuah rumah dan hanya menggunakan telefon bimbit.

View this post on Instagram

A post shared by Eriyca Baiduri (@eriyca_baiduri)

“Pada awalnya saya hanya menjadi agen dropship sahaja. Sejak daripada rasa seronok berniaga, mula saya rancang nak ada produk sendiri. Tanpa guna modal besar, semuanya saya buat sendiri dari proses penghantaran, pembungkusan, penstoran dan sebagainya.”

Sejak daripada perniagaannya berkembang, Madammu telah menumpang pejabat suaminya seketika sebelum menyewa shop lot tingkat 1. Selepas 2 tahun Noir Health & Beauty mempunyai wisma sendiri iaitu semi-D warehouse 4 tingkat.

View this post on Instagram

A post shared by Eriyca Baiduri (@eriyca_baiduri)

Sepanjang tiga tahun menjalankan perniagaannya, Madammu buktikan dia telah berjaya dan menjadi salah satu jutawan terkenal di Malaysia.

“Sayalah majikan, sayalah pekerja. Hasil jualan pertama adalah sebanyak RM4000 dan terus melonjak hingga mempunyai hampir 20K agen di bawah Noir Health & Beauty.”

Walaupun sepanjang tiga tahun menjalankan perniagaannya, Madammu tidak melepaskan peluang untuk menyambung pelajaran. Dia telah mendapat kelulusan Diploma dalam Penjagaan Diri.

View this post on Instagram

A post shared by Eriyca Baiduri (@eriyca_baiduri)

Disebabkan oleh minat belajar dan cekal dalam perniagaan, Madammu berjaya buktikan dia menjadi salah satu jutawan terkenal di Malaysia. Kongsinya untuk menjadi jutawan itu sebenarnya mudah tetapi ramai yang tidak faham akan definisi sebenar menjadi jutawan.

“Semua orang ada impian nak jadi jutawan dan ada tiga perkara yang boleh bantu kita jadi jutawan iaitu bimbingan yang betul, ilmu yang betul dan tindakan yang tepat.”

Kisah Madammu memang beri inspirasi pada DIVA. Ingat di mana ada kemahuan di situ ada jalannya tau.

Tags: eriyca baidurimadammu noirnoir health & beauty
Share8SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Getty
Selebriti

Transformasi Baru Millie Bobby Brown Mengejutkan Peminat

by IamLisa
May 17, 2022
0

"OMG! Ini Millie Bobby Brown ke?" Pelakon British Millie Bobby Brown mula-mula mendapat pengiktirafan awam untuk peranannya sebagai Eleven dalam...

Baca Lagi
Foto - @itsmaria.chantal (IG)
Selebriti

Siapa Chanty Videla, Aktres Filipina Bakal Debut Dalam Kumpulan K-POP Lapillus

by Opie Azizlan
May 13, 2022
0

Pasti ramai yang tertanya-tanya selepas melihat wanita yang tinggi lampai ini kan? Kalau kamu nak tahu, wanita tersebut adalah aktres...

Baca Lagi
Foto - Glamour
Selebriti

Setakat Cantik Tapi Berlakon Hambar, Peminat Persoal Bakat Zendaya

by Iza B
May 8, 2022
0

Soal kecantikan, fesyen dan keperibadian Zendaya tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau sering membawa aura glamour, klasik dan friendly pada sesiapa...

Baca Lagi
Foto - Japan Times
Selebriti

Tak Lagi Jadi Puteri Jepun, Ini Yang Dilakukan Oleh Puteri Mako Komuro

by Opie Azizlan
May 3, 2022
0

Fakta: Wanita daripada kalangan keluarga diraja Jepun perlu lepaskan status diraja mereka jika berkahwin dengan lelaki biasa. Manakala lelaki daripada...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.