Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Pengubahsuaian Lamborghini Urus Beri Sentuhan Misteri & Lebih Maskulin

by Zainab Hadid
March 31, 2022
Foto: Instagram @platinum_group

Foto: Instagram @platinum_group

10
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Walaupun penampilan SUV premium Lamborghini Urus sudah hadir dengan penampilan yang menggoda, ia tidak mematahkan hasrat Platinum Group, menghasilkan sesuatu yang lebih baik dengan model ini.

Melihat hasil yang dipamerkan, Lamborghini Urus menjadi lebih sedap mata memandang walaupun pengubahsuaian yang dibuat agak kecil. Dari segi luaran, mereka bermain dengan penggunaan warna kelabu matte yang memberikan kesan agresif dan misteri.

Seluruh luaran, disalut dengan warna ini dengan harapan dapat memberikan sesuatu yang baharu dan tampil lebih maskulin. Selain itu, SUV Lamborghini ini turut mempersembahkan aplikasi bodykit dari 1016 Industries yang menjadikan kereta ini kelihatan lebih gagah.

Foto: Instagram @platinum_group
Foto: Instagram @platinum_group
Foto: Instagram @platinum_group
Foto: Instagram @platinum_group
Foto: Instagram @platinum_group

Kit badan termasuk muka hadapan yang diperbaiki semula melalui pembahagi yang lebih menarik, gerbang roda hadapan dan belakang yang lebih lebar, skirt sisi yang unik, spoiler yang dipasang di atas, bampar belakang yang unik serta penyebar gentian karbon. Dengan pengubahsuaian  ini, sudah tentu ia akan menjadikan kereta berasal dari Itali ini lebih menawan.

Sistem ekzosnya buatan Capristo telah dipasang dengan hujung karbon pada kedua-dua belah bampar. Untuk estetik yang lebih eksklusif, SUV pantas Lamborghini turut mendapat warna baharu dan rim Forgiato yang dinaik taraf.

Berdasarkan spesifikasi rasmi, Lamborghini Urus dilengkapi enjin 4.0 liter V8 dengan sokongan pengecas turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 642 tk dan tork puncak 850 Nm.

YouTube video
FILED UNDER lamborghini urusplatinum groupsuv lamborghini
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.