Sama seperti tahun sebelum ini, pertandingan ratu cantik atau Miss Universe Malaysia kini kembali untuk siri tahun 2022.
Dalam sebuah sidang media anjuran Miss Universe Malaysia Organization (MUMO), sebanyak 15 orang peserta wanita telah dipilih untuk sertai pertandingan ini.
“Di MUMO, kami mencari yang kecantikan istimewa luar dan dalam. Paling penting seorang yang bangga pikul tanggungjawab wakil negara sebagai Miss Universe Malaysia 2022 akan datang.”, ucap Datin Elaine Daly, Pengarah Kebangsaan MUMO.
Bersempena dengan itu DIVA nak kongsikan siapakah finalis Miss Universe Malaysia untuk tahun 2022;
#1 Ajunee Simreet Kaur Khangura
- Berusia 20 tahun dan merupakan pelajar tahun kedua jurusan undang-undang.
#2 Annatasha Shanty Jeremia
- Berusia 25 tahun dari Sabah dan mempunyai latar belakang keluarga India-Kadazan. Miliki Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan kejuruteraan petroleum.
#3 Buganna S. Saravana Kumar
- Berusia 24 tahun, miliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang dietetik dan merupakan seorang pakai diet komuniti.
#4 Catherine Lai Hui Yi (Kate)
- Berusia 27 tahun dan bertugas sebagai pembantu penyelidik yang juga pemegang ijazah PhD.
#5 Chantal Yuen Tng
- Berusia 27 tahun dan seorang mahasiswa sarjana di Berlin School Of Economics & Law serta pernah berkhidmat dalam bidang penerbangan.
#6 Cheam Wei Yeng (Lesley)
- Berusia 26 tahun. graduan jurusan Farmaseutikal & Sains Kesihatan dari Universiti of Nottingham dan berkerja dalam aliran pemasaran produk.
#7 Clarissa Tay Wei Qi
- Berusia 24 tahun dan merupakan seorang pegawai pembangunan perniagaan yang memenangi tempat ke-3 dalam sebuah pertandingan ratu cantik (2016).
#8 Joann Tiong Hau Ping
- Berusia 21 tahun dan sedang belajar di University of St. Andrews dalam bidang Sains Komputer & Psikologi.
#9 Kasshvini Nair Sukumaran
- Berusia 26 tahun dan miliki kelulusan daripada Northumbria University, Newcastle dalam bidang perudangan.
#10 Phan Jing Mun (Jingle)
- Berusia 26 tahun dan kini bekerja dalam industri kewangan. Pernah sertai 5 pertandingan ratu cantik di Malaysia sejak 2018.
#11 Tee Wan Ying
- Berusia 25 tahun dan menjadi finalis paling tinggi serta pernah wakili Malaysia dalam pertandingan sukan bola tampar.
#12 Thevambbikai G.K. Kasinathan
- Berusia 27 tahun dan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan awam.
#13 Varyne Foo Augustine
- Berusia 20 tahun, miliki darah kacukan Cina-India dan sedang menyambung pelajaran dalam aliran muzik di Freude Music Academy.
#14 Wong Siu Jane
- Berusia 25 tahun dan mendapat pendidikan dalam jurusan Peraukanan dan Kewangan dari The London School of Economics & Political Science.
#15 Kaverrna Nair Sukumaran
- Berusia 26 tahun dan miliki kelulusan jurusan Ekonomi & Kewangan dari Monash Universiti serta bekerja sebagai pegawai pemasaran.
Setiap finalis akan menjalani Minggu Bootcamp. Di minggu ini, mereka akan jalani beberapa latihan seperti ubah suai kecantikan, latihan catwalk, sesi kecergasan, bengkel solek dan banyak lagi.
Bagi pemenang Miss Universe Malaysia 2022, juara akan memakai mahkota Habib Jewels yang bernilai RM2.38 juta selain berpeluang menjadi kempen Face of Habib Jewels selama setahun dan tajaan hadiah.