Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Jam Tangan Edisi Terhad Omega X Swatch Jadi Rebutan, Ini Istimewanya!

by Soph.Azz
March 30, 2022
Foto - Time And Watches

Foto - Time And Watches

93
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa yang dah berjaya dapatkan salah satu koleksi jam tangan edisi terhad Omega X Swatch?

Tak dinafikan ramai yang jadi tak keruan selepas Omega dan Swatch mula berkolaborasi untuk keluarkan jam tangan edisi terhad. Bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia mula beratur mahu dapatkan jam tangan tersebut.

Koleksi Omega X Swatch yang diberi nama BIOCERAMIC MoonSwatch ini sangat istimewa kerana mempunyai sentuhan dinamik yang berbeza. Pada masa yang sama, dikeluarkan dalam warna yang jarang dilihat oleh orang ramai tau.

Kalau tanya DIVA apa lagi yang istimewanya tentang koleksi jam tangan edisi khas ini, baca perkongsian di bawah;

Warna Berbeza Wakili Planet Di Angkasa 

Bagi yang tertanya-tanya tentang koleksi ini, BIOCERAMI MoonSwatch menawarkan 11 warna yang berbeza. Dan setiap satu warnanya mewakili planet dalam sistem Suria daripada Matahari, Bulan, Bumi hingga Pluto.

Foto – Swatch

Jika diamati dengan teliti dalam koleksi ini, DIVA sangat tertarik dengan jam tangan “Mission On Earth“. Di mana jam tangan ini dikeluarkan dalam gabungan warna hijau, biru dan putih yang sama seperti planet Bumi.

Untuk reka bentuk dailnya pula adalah bukan salinan karbon Speedy dan ada ukiran ‘S’ di kristal jam tangan ini bersama dengan logo Omega. Di jam tangan ini juga, kamu boleh melihat ‘Speedmaster‘ diletakkan di sebelah diri dail manakala ‘MoonSwatch‘ di sebelah kanan.

Foto – Swatch

Selain itu MoonSwatch yang diperbuat daripada BIOCERAMIC ini terdiri daripada bahan campuran 2/3 seramik dan 1/3 plastik terbitan bio yang menggunakan benih tumbuhan kastor.

Foto – Swatch

Yang lebih istimewa dan buat jam tangan edisi terhad ini lain daripada yang lain adalah di bahagian penutup baterinya. Ini kerana setiap jam ini mempunyai gambar planet berbeza mengikut Sistem Suria.

Jangan lupa untuk dapatkan salah satu daripada jam tangan koleksi edisi terhad Omega X Swatch dengan harga runcitnya RM1065 di Swatch Pavilion KL. Happy shopping!

FILED UNDER omega watchomega x swatchswatch watch
Share37SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.