Ada pelbagai makeup remover yang dijual di pasaran tetapi tak semuanya sesuai dengan kulit kita. Kena pandai pilih dan teliti akan bahannya, baru tahu yang mana sesuai dan terbaik. Makeup remover merupakan langkah pertama yang penting dalam rutin penjagaan wajah.
Bukan apa jika tak lakukan langkah ini, risau wajah sebenarnya tidak dibersihkan dengan mendalam. Sebab itulah pentingnya untuk kita guna makeup remover. Selain dapat bersihkan kulit daripada mekap, makeup remover juga dapat menanggalkan sel kulit mati, kotoran hingga ke sebum.
Untuk makeup remover terbaik, DIVA syorkan untuk kamu guna Bioré Perfect Cleansing Water.
Kenapa Biore Perfect Cleansing Water?
Tak seperti jenama yang lain, Bioré Perfect Cleansing Water adalah water-based makeup remover dan bebas minyak tanpa perlu dibilas. Dirumuskan dengan Japan Brightening Micellar, ia boleh membersihkan sisa mekap, kotoran dan minyak yang terperangkap dalam pori secara menyeluruh dalam satu tahap tanpa perlu digosok kuat menjadikan kulit segar dan tetap lembut.
- Foto – Biore
Bagi DIVA, makeup remover daripada Bioré ini adalah yang terbaik kerana diperkaya dengan bahan Japan Mineral Water, White Tea Extract dan kolagen. Ia mengangkat mekap, kekotoran, sel mati serta-merta dan mendedahkan kulit yang lebih cerah serta berseri. Selain itu, makeup remover Bioré ini juga dapat mencerahkan, menyegarkan, menghidrasi kulit wajah, mengurangkan komedo dan membantu mengecilkan pori di wajah.
DIVA rasa yang paling penting ialah makeup remover ini sangat mudah digunakan. Rasanya seakan hanya meletakkan air di wajah kita, senang sahaja untuk semua kekotoran tanggal. Oleh kerana kita tidak perlu menyental wajah dengan kuat, memang tak perlu risau memikirkan lapisan pertahanan kulit jadi rosak.
DIVA Dah Guna, Ini Sebab Kenapa Best Sangat! –
DIVA mempunyai masalah kulit muka berjerawat dan pori tersumbat. Oleh itu, Bioré Perfect Cleansing Water Acne Care berjaya menjadi pilihan hati DIVA. Berbeza dengan makeup remover yang digunakan DIVA sebelum ini, makeup remover Bioré membuatkan jerawat makin kecut, kulit tidak lagi kusam dan pori semakin mengecil.
- Foto – Biore
Antara rumusan semula jadi yang terkandung dalam Bioré Perfect Cleansing Water Acne Care adalah;
- Ekstrak Pudina Shiso meminimumkan pertumbuhan jerawat – DIVA perasan selepas guna makeup remover ini, jerawat kurang timbul di wajah.
- Air Garam Asli bertujuan melembutkan kulit dan kurangkan geseran di wajah – muka tidak mengelupas dengan cepat, pori jadi makin bersih dan tiada komedo.
- Perilla Ocymoides Leaf Extract untuk menenangkan kulit, anti-bakteria dan anti-penuaan – DIVA suka bila wajah nampak makin sihat dan kurang jerawat.
- AHA membantu dalam mengeluarkan sel kulit mati untuk kulit yang lebih lembut dan lebih licin – Wajah DIVA makin lembut, licin dan bersinar.
Selepas seminggu menggunakannya, DIVA sangat berpuas hati kerana dapat melihat perbezaan yang ketara pada kulit muka! DIVA sangat syorkan makeup remover Bioré ini pada kamu yang mempunyai masalah kulit yang sama.
- Foto – Biore
Bioré Perfect Cleansing Water didatangi dalam tiga jenis botol yang berwarna hijau, merah jambu dan biru yang mewakili jenis kulit. Untuk masalah kulit seperti DIVA, botol hijau iaitu Bioré Perfect Cleansing Water Acne Care jadi pilihan. Best!
- Bioré Perfect Cleansing Water Soften Up (kulit normal dan kering)
- Bioré Perfect Cleansing Water Oil Clear (kulit berminyak dan kombinasi)
- Bioré Perfect Cleansing Water Acne Care (kulit berjerawat)
Mengejutkan buat pertama kali gunakannya, DIVA rasa seperti membasuh wajah dengan air yang ajaib kerana ia menghilangkan mekap termasuk jenis kalis air dalam sekelip mata. Tak seperti sesetengah makeup remover yang water-based di mana selepas gunakannya, memang melekit sehingga terpaksa DIVA bilas wajah dengan air biasa.
- Foto – Biore
Yang paling best sekali bila gunakan di bahagian mata, makeup remover ini langsung tidak memedihkan mata malah ‘sifatnya’ yang lembut dapat menghidratkan kulit di sekitar mata.
Cara DIVA gunakan Bioré Perfect Cleansing Water:
Tekan satu pam di atas kapas dan sapu di seluruh wajah. Sental secara perlahan-lahan sehingga yakin mekap sudah tertanggal.
Bagi eyeliner, maskara dan gincu kalis air atau matte, hanya perlu sental sebanyak 2-3 kali dengan pergerakan yang lembut untuk tanggalkannya.
- Foto – Biore
Untuk Bioré Perfect Cleansing Water, Bioré telah mengeluarkan pek isian semula yang diperbuat daripada 69% kurang plastik. Mudah sangat kerana tak perlu beli berbotol-botol dan cemarkan alam sekitar kan? Lagi praktikal kalau bawa pek isian semula ini ke mana sahaja, balik kampung atau bercuti.
- Foto – Biore
2 cara mudah DIVA guna pek isian semula untuk isi ke botol sedia:
Buka penutup botol makeup remover dan ambil pek isian semula. Di bahagian atas sebelah kiri pek, koyakkan di sepanjang garisan yang bertanda ‘Tear Here’.
Ambil botol yang dibuka dan tuangkan ke dalamnya sehingga pek isian semula kosong.
Pek isian semula ini sangat mesra alam dan dapat menjimatkan sebanyak 69% plastik untuk setiap kali pembelian. Satu langkah yang mudah untuk hidup ke arah kelestarian alam!
- Foto – Biore
Bagi yang ingin dapatkan Bioré Perfect Cleansing Water, jangan lupa untuk dapatkan sekali pek isian semula. Barulah dapat amalkan hidup arah kelestarian alam sekitar sambil menjaga wajah. [BELI DI SINI: Guardian / Watsons / Lazada / Shopee]