Ramadhan kali ini, The Chow Kit, Ormond Hotel menyajikan menu istimewa, Citarasai Ramadhan yang direka khas oleh pakar masakan hotel.
Bermula dari 3 April hingga 2 Mei 2022, Citarasa Ramadhan akan menyediakan juadah berbuka puasa penuh tradisi gaya ‘dulang’. Penuh nostalgia meningatkan anda kepada kampung halaman.
Bermula Dengan Cucur Udang Hinggalah Manisan Puding Diraja
Citarasa Ramadhan menghidangkan pelbagai kuih muih Melayu, kurma, Satay Ayam yang dihidangkan dengan sos kacang manis serta Cucur Udang bersama sos cili. Itu merupakan sajian permulaan sebelum anda masuk kepada sajian utama.
- Foto – The Chow Kit
Hidangan utama termasuk Kari Udang, Rendang Dendeng, Burung Puyuh Berempah, Ikan Siakap Emas, Tempoyak Daun Kayu dan Kacang Botol Sambal Belacan. Untuk melengkapkan hidangan utama, tetamu akan dihidangkan dengan Nasi Saffron yang harum dan berperisa.
Untuk pencuci mulut, Puding Diraja yang manis dan selembut sutera. Teh Madu Chrysanthemum dihidangkan untuk dinikmati sepanjang waktu makan dan Teh Tarik pada akhir hidangan.
Ada Dua Harga Berbeza
Citarasa Ramadhan akan disediakan untuk kumpulan kecil 2 hingga 3 tetamu pada harga RM250 dan untuk 4 hingga 5 tetamu pada RM450.
Bagi mereka yang datang dalam kumpulan yang lebih besar atau hanya ingin mencuba lebih banyak item pada menu eksklusif ini, pilihan tambahan disediakan termasuk Kari Ketam pada harga RM80 dan Sup Daging Kambing pada harga RM30.
Pilihan Bawa Pulang Dengan Tiffin
Berbuka Tiffin ialah pilihan bawa pulang untuk 2 hingga 3 orang bagi mereka yang mahu buka puasa dalam keadaan selesa di rumah atau menghantar kepada orang tersayang sebagai hadiah.
- Foto – The Chow Kit
Berharga RM165, hidangan seperti Rendang Dendeng, Ikan Assam Tenggiri, Nyonya Kari Kapitan, Nasi Ulam berserta Kerepek Tempe dan sambal istimewa kami dibungkus dalam kemasan tiffin yang cantik dan ia turut didatangkan dengan 2 botol Teh Madu Chrysanthemum.
Tak sabar nak mencuba? Pastikan anda melawat www.thechowkit.com/eat-drink, atau hubungi +603 2778 6688 untuk mengetahui lebih lanjut tentang semua promosi yang sedang berlangsung.