Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

#DIVAKongsi: Pentingnya Menjaga Badan Semasa Dan Selepas Hamil Dengan POP Neutral

by Lisa AG
March 24, 2022
Foto - POP Neutral

Foto - POP Neutral

20
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tiada yang lebih bahagia pada wanita bila diri dikhabarkan berbadan dua. Satu perasaan indah dan ajaib yang hanya diri sahaja tahu, lagi pula bila si dia tiba-tiba bergerak seakan-akan tidak sabar mahu keluar dari perut.

Tapi lumrah sepanjang proses kehamilan untuk setiap insan bernama wanita tidak mudah, ada pasang surutnya, dengan nak jaga diri dan tubuh badan lagi, silap hari bulan memang tekanan.

Individu berpengaruh Nadia Nasimuddin tidak terkecuali merasakan pengalaman yang sama. Dikurniakan empat cahaya mata, setiap kehamilan mempunyai ‘kerenah’ masing-masing.

Sempatlah juga DIVA bertanya khabar dan teruja dengan produknya POP Neutral di Pop-Up Shop yang terletak di Niko Neka 15, Bangsar baru-baru ini.

Setiap Kehamilan Berdepan Dengan Cabaran Berbeza

Memetik kata-kata Nadia, setiap kehamilan dia berdepan dengan cabaran yang berbeza. Bagaimanapun, menjaga badan dan kesejahteraan adalah keutamaan nombor satunya.

Foto – POP Neutral

Pada awal, dia hanya menggunakan minyak semula jadi untuk kulitnya dan mendapati ia telah bekerja dengan berkesan sepanjang kehamilan semasa dan selepas.

Dia jadi teruja dan berkongsi formulasi istimewanya dengan keluarga dan rakan-rakan, dan siapa sangka telah melakukan keajaiban untuk orang lain juga. Jadi, dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia berkongsi dengan semua orang.

Mula mencari formulasi yang tepat dan membuat penyelidikan kajian, ketabahan dan keazaman Nadia telah membawa kejayaan dengan melahirkan POP.

Foto – POP Neutral

Sambil menggunakan produk ini, dia juga melakukan senaman untuk gaya hidup sihat. Dia merasakan bahawa senaman adalah cara yang paling membantu ke arah penurunan berat badan dan mengekalkannya selepas kehamilan.

POP Neutral Tidak Hanya Untuk Wanita Hamil Tapi Semua

Jadi apa yang membuatkan Nadia bangga dengan POP? POP disediakan untuk semua, yang mencari sesuatu yang semula jadi, menenangkan dan menghidratkan kulit dan badan mereka.

BACA:  2 Bahan Wanita Hamil Perlu Elak Guna Dalam Produk Kosmetik

Dibuat dengan penuh kasih sayang dengan campuran bahan semula jadi dan selamat tanpa bahan kimia. Selamat untuk bakal mama dan selamat untuk semua!

Foto – POP Neutral

POP Neutral terdiri daripada empat rangkaian berbeza, antaranya;

  • Oil (minyak badan yang mengandungi gabungan minyak pati berfungsi untuk menyuburkan, melembutkan dan meremajakan)
  • Body (produk penjagaan badan yang digunakan sebelum dan selepas untuk hasil yang lebih baik)
  • Accessories (akesesori tambahan seperti berus kering untuk bekerja dengan lebih mendalam pada kulit
  • Active (rangkaian aktif telah mewujudkan kesedaran tentang perubahan gaya hidup, untuk menggalakkan bersenam)

Kata-kata akhir Nadia, dia berharap produk ini terus mekar dalam pasaran tempatan bahkan memasuki pasaran antarabangsa. Kita sama-sama doakan.

Foto – POP Neutral

“Love your body, because you only have one.” – Pengasas POP Neutral, Nadia Nasimuddin

Nak tahu keberkesanannya, kenalah cuba sendiri. Anda boleh dapatkan produk di laman web mereka www.popneutral.com atau ke Shopee.

FILED UNDER nadia nasimuddinpop neutralwanita hamil
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.