Sana sini berambut coklat Louis Vuitton, memang menggugat kalbu DIVA tatkala melihat transformasi jelitawan-jelitawan ini.
Seperti yang DIVA beritahu sebelum ini, warna coklat ikonik Louis Vuitton bakal hangat untuk musim bunga. Warna rambut ‘mahal’ yang sangat versatile sesuai dengan pelbagai warna kulit memberi rupa mempesona serta penampilan berseri kepada individu.
Untuk mendapatkan warna ini, anda perlukan campuran coklat sederhana terang dengan tone toffee keemasan yang hangat.
Nak inspirasi? Cuba ambil contoh beberapa jelitawan ini, mana tahu ada yang berkenan.
Hailey Bieber
Kendall Jenner
Krystal Jung
Heart Evangelista
Selena Gomez
Janhvi Kapoor
Memang menggugat tengok rambut mereka yang cantik ini.