Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Khas Untuk Wanita 40-an, Mula Rawat Wajah Dengan Produk Ini!

by Soph.Azz
March 22, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

937
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila usia makin bertambah, perasan tak keanjalan kulit wajah akan mula berkurang? Dari situ mulalah timbul kedutan, kulit jadi kendur, kusam, kering dan berbintik hitam.

Nak tahu kenapa jadi begini? Ini kerana sel kulit muka dan kolagen dihasilkan secara perlahan serta berkurangan.

Jadi kalau nak elak daripada perkara ini berlaku, DIVA syorkan wanita berusia 40-an untuk mula fokus pada langkah penjagaan kulit. Baca di bawah;

Guna Pembersih Yang Ringan & Lembut 

Pilih pembersih wajah yang mengandungi bahan yang lembut. Jangan pula pilih bahan pengelupasan seperti salicylic acid atau retinol kerana kulit wajah kita sangat sensitif bila usia meningkat.

DIVA syorkan guna pembersih wajah:

fresh Soy Face Cleanser [RM180] / TATCHA Deep Cleanse [RM180]

Foto – fresh / Sephora

‘Tampal’ Dengan Serum Vitamin A 

Cuba tingkatkan penghasilan kolagen dan keanjalan kulit dengan menggunakan serum yang mengandungi Vitamin A atau retinol. Fungsinya untuk melambatkan tanda penuaan, baiki tekstur tidak sekata, hilangkan jerawat dan baiki tona kulit.

DIVA syorkan guna serum Vitamin A:

KIEHL’S Retinol Skin-Renewing Daily Micro-Dose Serum [RM355] / FIRST AID BEAUTY Skin Lab Retinol Serum 0.25% Pure Concentrate [RM260]

Foto – Pinterest / Sephora

Hidrasikan Kulit Dengan Pelembap 

Cari pelembap yang boleh kunci kelembapan untuk menggalakkan pembaikan kulit muka. Kamu juga boleh gunakan pelembap ekstrak teh hijau kerana kandungan antioksidannya bagus untuk sembunyikan kedutan wajah.

DIVA syorkan guna pelembap:

FARMACY Daily Greens Oil-Free Gel Moisturizer [RM174] / OLAY Regenerist Retinol24 Night Moistuizer [RM115.40]

Foto – Sephora / Zalora

Pentingnya Krim Mata 

Kebiasaannya kita akan nampak tanda awal penuaan iaitu kedutan di kawasan mata. Jadi nak elakkan adanya kedutan di mata, gunakan krim mata pada waktu pagi dan malam. Bukan sahaja beri kelembapan, malah kamu juga boleh tingkatkan pengeluaran kolagen.

BACA:  Dua Rahsia Besar Anti-Penuaan Setiap Wanita Kena Tahu!

DIVA syorkan guna krim mata:

LANCŌME Advanced Génefique Eye Cream [RM285] / CHANEL N°1 Revitalizing Eye Cream [RM320]

Foto – Lancome / Chanel

Wajib Pakai Sunscreen 

Kalau tak pernah pakai sunscreen, mula pakai sekarang ye kerana cahaya matahari menjadi punca utama kenapa tanda penuaan muncul. Untuk info kamu, cahaya matahari boleh rosakkan skin barrier sehingga kulit jadi kusam, kasar, kering dan nampak lebih tua.

DIVA syorkan guna sunscreen:

YSL OR ROUGE UV Protection SPF50 PA+++ [RM485] / SUPERGOOP! Unseen Sunscreen Broad Spectrum SPF40 PA+++ [RM95]

Foto – YSL Beauty / Sephora

Ingat, usia meningkat tak menjadi penghalang untuk kamu kelihatan cantik dan bersinar tau!

FILED UNDER rutin anti-penuaanskincare 40-anskincare anti-aging
Share375SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.