Ada yang tengah mencari inspirasi dan mahu berubah hidup ke arah yang lebih mampan?
IKEA dan PHAIDON menerbitkan ‘Us & Our Planet: This Is How We Live’ iaitu sebuah buku yang meneroka tentang kepentingan hidup secara mampan.
Kandungan buku ini mengandungi 12 rumah, tempat kerja dan ruang kongsi yang berbeza di seluruh dunia. Dari Mexico ke Moscow dan Bali ke Beirut, buku ini mendedahkan cara orang ramai hidup sambil memikirkan isu alam sekitar.
‘Us & Our Planet’ Beri Inspirasi & Motivasi
Dibahagikan kepada enam bab, setiap bahagian buku ini akan menampilkan reka bentuk IKEA yang terkenal. Setiapnya akan ada dua kes kajian dan satu esei foto oleh jurugambar yang mentafsir tema tersebut.
Salah satu kajian kes iaitu ‘Life Visits’ merangkumi beberapa cerita tentang;
- Seorang arkitek tinggal di Bali iaitu Elora Hardy telah mencipta struktur mampan dalam buluh.
- Ron Finley, seorang tukang kebun di Los Angeles telah menukarkan pinggir jalan yang diabaikan di kawasan kejiranan kepada taman komuniti bunga dan sayuran.
- Keluarga Leven, pasangan muda dengan seorang anak yang tinggal di sebuah apartment kecil berhampiran Moscow
Dalam buku ‘Us & Our Planet: This Is How We Live’ juga, anda akan dapat melihat beberapa produk ikonik IKEA yang mengutamakan kemampanan sepanjang 70 tahun lalu.
Peraduan ‘Hidup Anda Di Rumah’
Beri inspirasi kepada Malaysia dan dunia dengan kisah hidup anda di rumah. Hantar cerita dan gambar-gambar anda ke ‘Life at Home’ menerusi IKEA Family.
Anda berpeluang untuk memenangi kad hadiah IKEA RM1000, salinan buku ‘Us & Our Planet: This Is How We Live’ dan cerita anda dipaparkan di laman web IKEA, media sosial dan iklan.
** Tempoh Peraduan: 15 Mac 2022 – 31 Mac 2022
PENTING!!
Kalau nak buku ‘Us & Our Planet: This Is How We Live’ secara percuma, ahli IKEA Family perlu membeli barangan dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit.
Tempoh penebusan: 15 Mac -15 April 2022, sementara stok masih ada.