Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Siapa Karolina Bielawska, Wanita Cantik & Pintar Di Sebalik Gelaran Ratu Dunia

by Opie Azizlan
March 21, 2022
Foto - hitc.com

Foto - hitc.com

7
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Anugerah Miss World 2021 telah berlangsung pada Khamis lalu di Dewan Muzik Coca Cola San Juan, Puerto Rico.

Dalam anugerah itu, Karolina Bielawska dari Poland telah dinobatkan sebagai Miss World 2021. Dia menewaskan naib juara Shree Sain (USA) dan Olivia Yace (Ivory Coast).

Karolina menjadi ratu dunia kedua Poland selepas kemenangan Aneta Beata Kreglicks pada 1989. Alang-alang bercakap tentang Karolina, jom selidik dan tahu serba sedikit tentang wanita ini.

Si Cantik Karolina Bielawska

Menggelar dirinya sebagai wanita yang sibuk, Karolina akui dia sentiasa mencari peluang untuk menyibukkan diri ketika tidak terlibat dengan pertandingan ratu dunia atau peragaan.

View this post on Instagram

A post shared by MISS WORLD 2022 (@karolinabielawska)

Buktinya sejak dulu lagi dia telah menceburi bidang peragaan pada usia 14 tahun. Sejak daripada itu, dia mula menyertai pelbagai pertandingan peragaan. Salah satunya Elite Model Look dan dia telah memenangi tempat kedua.

View this post on Instagram

A post shared by MISS WORLD 2022 (@karolinabielawska)

Sepanjang kariernya sebagai model, Karolina telah menandatangani kontrak dengan pelbagai agensi peragaan yang berprestij. Hasil kerja kerasnya dia dipanggil untuk berjalan di pentas Minggu Fesyen.

“Jadi Pandai Itu Perlu, Cantik Itu Bonus”

Semasa mengikuti pertandingan ratu dunia, Karolina dilaporkan sedang mengikuti Ijazah Sarjana Perniagaan. Sebelum itu, dia telah mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan.

View this post on Instagram

A post shared by MISS WORLD 2022 (@karolinabielawska)

Walaupun sibuk dengan pertandingan, Karolina tidak berputus asa malah menyimpan niat untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat PhD.

View this post on Instagram

A post shared by MISS WORLD 2022 (@karolinabielawska)

 

Yang menariknya tentang Karolina, wanita ini mendedahkan dia mahu menjadi hos TV dan penceramah motivasi di masa hadapan.

Kerja Sukarela Jadi Minat Baru

Selain kerjayanya sebagai model, Karolina juga dikenali dengan kerja sukarelanya. Awal tahun ini, dia telah bekerjasama dengan organisasi sukarelawan Zupa Na Pietrynie untuk projek Beauty With A Purpose.

View this post on Instagram

A post shared by MISS WORLD 2022 (@karolinabielawska)

Organisasi ini menyediakan bantuan pada gelandangan yang memerlukan seperti pakej makanan, minuman, pakaian, topeng, nasihat undang-undang dan sokongan perubatan profesional.

Untuk projek Beauty With A Purpose, Karolina dan organisasi ini membantu hampir 400 orang mendaftar vaksin COVID-19 untuk mendapatkan kebenaran kerajaan bagi vaksinasi mereka. Projek Karolina itu juga berjaya membina bilik mandi sosial yang pertama untuk gelandangan di Lodz.

Sudahlah cantik, pandai pula tu. Memang layak jadi inspirasi untuk semua orang terutamanya wanita!

Tags: karolina bielawskamiss world 2021miss world karolina bielawska
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Getty
Selebriti

Transformasi Baru Millie Bobby Brown Mengejutkan Peminat

by IamLisa
May 17, 2022
0

"OMG! Ini Millie Bobby Brown ke?" Pelakon British Millie Bobby Brown mula-mula mendapat pengiktirafan awam untuk peranannya sebagai Eleven dalam...

Baca Lagi
Foto - @itsmaria.chantal (IG)
Selebriti

Siapa Chanty Videla, Aktres Filipina Bakal Debut Dalam Kumpulan K-POP Lapillus

by Opie Azizlan
May 13, 2022
0

Pasti ramai yang tertanya-tanya selepas melihat wanita yang tinggi lampai ini kan? Kalau kamu nak tahu, wanita tersebut adalah aktres...

Baca Lagi
Foto - Glamour
Selebriti

Setakat Cantik Tapi Berlakon Hambar, Peminat Persoal Bakat Zendaya

by Iza B
May 8, 2022
0

Soal kecantikan, fesyen dan keperibadian Zendaya tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau sering membawa aura glamour, klasik dan friendly pada sesiapa...

Baca Lagi
Foto - Japan Times
Selebriti

Tak Lagi Jadi Puteri Jepun, Ini Yang Dilakukan Oleh Puteri Mako Komuro

by Opie Azizlan
May 3, 2022
0

Fakta: Wanita daripada kalangan keluarga diraja Jepun perlu lepaskan status diraja mereka jika berkahwin dengan lelaki biasa. Manakala lelaki daripada...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.