Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Bukan Sekadar Anak Raja, Puteri Thailand Ini Terkenal Hobi Bersukan & Fesyen

by Opie Azizlan
March 20, 2022
Foto - HRH Princess Sirivannavari Nariratana Rajakanya (FB)

Foto - HRH Princess Sirivannavari Nariratana Rajakanya (FB)

7
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sudahlah memang cantik, siap pakej mesra rakyat dan merendah diri pula tu!

Jika pergi ke Thailand, cuba tanya pada rakyatnya tentang puteri raja negara itu. Pasti ramai yang akan puji sikap Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya.

Walaupun dikenali sebagai anak Raja Maha Vajiralongkorn, puteri ini tidak pernah mengabaikan rakyatnya. Malah keprihatinan dan bakatnya menjadi inspirasi setiap orang terutamanya wanita.

Latar Belakang Puteri Sirivannavari

Info untuk kamu, Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya merupakan puteri sulung diraja hasil perkahwinan antara Raja Maha Vajiralongkorn dan isteri keduanya, Sujarinee Vivacharawongse.

View this post on Instagram

A post shared by 🧡HRH PRINCESS SIRIVANNAVARI🧡 (@welove_sirivannavari)

Tidak mahu status puteri diraja menjadi penghalang, Puteri Sirivannavari lebih gemar untuk menjalani kehidupan yang biasa dan mendekati rakyatnya.

Malah apa yang buat DIVA tertarik dengannya, puteri ini seorang yang aktif bersukan dan sukakan fesyen.

Dalam Diam Aktif Bersukan 

Bagi mereka yang tidak tahu, Puteri Sirivannavari ini pernah menceburi sukan badminton dan memenangi pingat emas dalam Sukan SEA 2005.

View this post on Instagram

A post shared by 🧡HRH PRINCESS SIRIVANNAVARI🧡 (@welove_sirivannavari)

Bukan itu sahaja, puteri ini juga pernah mewakili negaranya dalam sukan ekuestrian. Tuah menjadi miliknya, Puteri Sirivannavari berjaya meraih pingat dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Pernah Adakan Pertunjukan Fesyen Sendiri 

Selain daripada aktif dalam bidang sukan, Puteri Sirivannavari sangat gemar akan pakaian dan fesyen. Sehinggakan puteri ini berjaya memiliki jenama fesyen sendiri iaitu Sirivannavari.

View this post on Instagram

A post shared by SIRIVANNAVARI BANGKOK OFFICIAL (@sirivannavari_shop)

Disebabkan oleh itu, puteri diraja Thailand ini acap kali dijemput ke pertunjukan fesyen jenama mewah seperti Louis Vuitton, Chanel, Balmain dan banyak lagi.

View this post on Instagram

A post shared by 🧡HRH PRINCESS SIRIVANNAVARI🧡 (@welove_sirivannavari)

Pada masa yang sama, Puteri Sirivannavari juga pernah lakukan pertunjukan fesyen jenamanya sendiri pada 2021. Berkat minatnya terhadap fesyen, puteri ini sering ‘dilamar’ untuk menjadi wajah depan majalah terkenal iaitu Vogue dan Thailand Tatler.

View this post on Instagram

A post shared by SIRIVANNAVARI BANGKOK OFFICIAL (@sirivannavari_shop)

Psst… Selain suka bersukan dan berfesyen, Puteri Sirivannavari juga miliki bakat melukis dan menjadi aktivis hidupan laut. Hebat kan?

Tags: puteri sirivannavari nariratana rajakanyaRaja Maha Vajiralongkornthailand
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Getty
Selebriti

Transformasi Baru Millie Bobby Brown Mengejutkan Peminat

by IamLisa
May 17, 2022
0

"OMG! Ini Millie Bobby Brown ke?" Pelakon British Millie Bobby Brown mula-mula mendapat pengiktirafan awam untuk peranannya sebagai Eleven dalam...

Baca Lagi
Foto - @itsmaria.chantal (IG)
Selebriti

Siapa Chanty Videla, Aktres Filipina Bakal Debut Dalam Kumpulan K-POP Lapillus

by Opie Azizlan
May 13, 2022
0

Pasti ramai yang tertanya-tanya selepas melihat wanita yang tinggi lampai ini kan? Kalau kamu nak tahu, wanita tersebut adalah aktres...

Baca Lagi
Foto - Glamour
Selebriti

Setakat Cantik Tapi Berlakon Hambar, Peminat Persoal Bakat Zendaya

by Iza B
May 8, 2022
0

Soal kecantikan, fesyen dan keperibadian Zendaya tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau sering membawa aura glamour, klasik dan friendly pada sesiapa...

Baca Lagi
Foto - Japan Times
Selebriti

Tak Lagi Jadi Puteri Jepun, Ini Yang Dilakukan Oleh Puteri Mako Komuro

by Opie Azizlan
May 3, 2022
0

Fakta: Wanita daripada kalangan keluarga diraja Jepun perlu lepaskan status diraja mereka jika berkahwin dengan lelaki biasa. Manakala lelaki daripada...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.