“Dengan satu calitan, dah sempurna. Memang cukup mengagumkan kemahiran penyanyi genit ini.”
Ariana Grande ada menyiarkan tutorial solekan di Instagram, di mana dia bersolek sendiri menggunakan produk kecantikannya r.e.m. Bermula dengan solekan mata menggunakan warna tanah, seterusnya dia dengan selamba melukis eyeliner dengan satu calitan sahaja. Cukup kemas, dan dia melakukan dengan begitu mudah dan cantik sekali.
Winger eyeliner paling kemas dan sempurna sekali pernah DIVA lihat, okay serius mengagumkan. Kemahiran usahawan kecantikan ini turut mendapat pujian jurusolek, influencer dan pengikutnya. Semua sejujurnya terpegun dengan kemahiran eyeliner Ariana.
Antara komen yang tertera;
“🔥Eyeliner Queen🔥”
“That eyeliner was veeeeery impressive”
“The eyeliner just killed me”
“Pls do my eyelinerrrrrr 🙏🏽❤️👏🏽👏🏽👏🏽👏🏽👏🏽👏🏽”
“C’mon beauty guru Ari 👏🏾”
“Also the way you did that eyeliner so fast and perfect? Ma’am? Lol 😂❤️”
“Omg the eyeliner! Skills 🤓”
“The way you did the eyeliner so perfectly!!!”
DIVA pun rasa nak beli set kosmetik r.e.m.beauty.