“Hanya PITERA™ dan saya, dari Gen-Z kepada Gen-Z,” – TWICE Mina.
Membintangi kempen PITERA™ & Me, duta jenama global SK-II iaitu TWICE Mina telah berkongsi rahsia rutin penjagaan wajahnya. Dengan menggunakan PITERA™ Essence, wajahnya menjadi lebih bersinar dan sihat.
Menerusi kempen tersebut, Mina telah merakamkan kulit wajahnya tanpa sebarang solekan sambil menjawab persoalan daripada peminat mengenai rutin penjagaan wajahnya.
“Saya sibuk sejak debut dan saya rasa sudah tiba masanya untuk mencari diri saya semula termasuk penjagaan kulit. Dengan PITERA™ Essence, saya mahu mulakan rutin penjagaan kulit terbaru.”
Untuk pengetahuan kamu, PITERA™ adalah signature SK-II yang menjadi kegemaran ramai orang. Mengandungi lebih 90% PITERA™ iaitu bahan eksklusif dan semula jadi hasil penapaian proprietari strain yis, “Magic Water” Asia ini boleh menjadikan kulit putih bersinar dan cerah.
Temui sisi Mina yang ramai tidak tahu dalam kempen pertama yang dirakamnya sendiri ketika percutian.
