Selepas 2 tahun perayaan hari raya agak hiba kerana penularan Covid-19, nampaknya tahun ini ada sedikit rasa kegembiraan. Tiada lagi kawalan pergerakan, jadi kita bebas bergerak ke sana sini untuk berkunjung ke rumah sanak saudara dan teman taulan, asalkan menjaga diri sendiri.
Dah kata raya, mestilah persalinan nak serba baru. Di sini, DIVA tampilkan Koleksi #UMMABlossom Raya 2022 yang cukup eksklusif dan cantik berseri bila disarung.
- Foto – UMMA
#UMMABlossom Raya Meraikan Cahaya Aidilfitri
UMMA percaya kedatangan hari bahagia ini akan memberi cahaya kegembiraan dan momen terbaik untuk dinikmati bersama orang tersayang.
Koleksi ini menyediakan 8 rekaan dengan 2 warna setiap satu untuk #UMMAWomen (saiz bermula dari S hingga 3XL) dan 5 rekaan untuk #UMMAMen (saiz bermula dari S hingga 4XL) antara 2 hingga 3 warna setiap rekaan yang mempesona itu.
Koleksi wanita terdiri daripada cetakan bunga dengan permainan fabrik bertekstur manakala untuk lelaki, praktikal dan keselesaan yang terbaik.
- Foto – UMMA
- Foto – UMMA
- Foto – UMMA
Tertarik nak miliki sepasang atau lebih? Boleh beli di www.umma.my, Shopee, Zalora atau walk-in terus ke stor mereka di Isetan KLCC Level 2, Aeon Shah Alam Level 1 atau Fashion Journal Level UG, Setia City Mall.