Chanel 22? Memang nampak lain daripada yang lain sebenarnya!
Berbentuk seperti kantung dengan tali cerutnya, beg Chanel 22 ini lebih kepada gaya kasual dan tidak berstruktur. Bagi saiznya pula dikeluarkan dalam pelbagai saiz yang berbeza.
Ada Elemen Ikonik Chanel
Chanel 22 diperkenalkan semasa pertunjukan fesyen Musim Bunga/Panas 2022. Untuk pengetahuan kamu, ‘Chanel 22’ dinamakan sempena tahun 2022 iaitu tahun penciptaannya.
Lihat pada beg Chanel 22, ada beberapa elemen ikonik jenama Perancis ini. Kulit beg dan tali rantai, sekali pandang memang kita tahu ia adalah beg jenama Chanel.
Tersedia dalam tiga saiz berbeza iaitu kecil, sederhana dan besar. Malah versi beg galas pun akan ada tau. Manakala warna pula, pink coral, merah jambu, ungu, hitam, biru laut dan putih.
Perincian Beg Chanel 22
Perbezaan Chanel 22 daripada beg yang lain, beg ini menggunakan quilted leather dan tali rantai logam yang dijalin dengan kulit. Di bahagian depan beg ini pula, ada logo signature Chanel yang yang dibuat daripada gold-tone dan ladquered metal pada hurufnya.
Bahagian dalamnya pula, beg ini dilengkapi dengan magnet sebagai penutup. Dan menariknya ia disertakan dengan mini pouch di dalamnya.
Bagi yang nak bergaya kasual tetapi masih nampak ekslusif, dapatkan Chanel 22 [DI SINI]!