Terpikat DIVA melihat sepasang sepatu kitten heels yang menghiasi si kaki pemakai. Rekaan yang minimalis tapi pemilihan fabrik statement buat si pemakai tampak lagi menawan.
Ceritanya begini, sedang DIVA membelek laman online shopping www.hoolah.co, mata DIVA tertarik kepada jenama Cipela Mansion yang menghidangkan barisan sepatu wanita – warna hot pink yang menarik. Jari-jemari terus pantas mencari Cipela di Instagram, dan bangga kerana ianya jenama tempatan kita.
Rekaan eksklusif yang langsung tak nampak seperti jenama tempatan, pembuatan memang nampak mahal, biasalah skeptikal orang Malaysia – nampak luar biasa, mesti ingat jenama antarbangsa walhal…
Apa kelainan pada Cipela?
Cipela (sebutan see-pair-la) merupakan jenama tempatan yang bermula pada tahun 2011. Tidak hanya fokus pada bridal, Cipela tampil juga beberapa koleksi kasut lain untuk everyday dan evening.
Menerapkan elemen eksklusif ke dalam setiap reka bentuk, Cipela masih mengekalkan tradisional di mana menggunakan fabrik seperti batik, songket dan pelbagai lagi untuk mengetengahkan identiti tempatan.
“Kami membuat kasut untuk pasaran khusus. Saya tidak suka menghasilkan pasaran fast-forward, kerana anda boleh menemui reka bentuk yang sama dalam setiap jenama. Orang ramai mengenali Cipela kerana reka bentuk dan warna yang eksklusif.
“Penting bagi saya untuk mereka bentuk kasut yang selesa dengan rekaan yang unik. Anda boleh melihat butiran seperti reben kecil pada tumit, reben dramatik pada koleksi Evening, warna kuning dan merah jambu yang terang, berani dan bersemangat. Kami juga terkenal dengan kasut yang dibarisi sutera dan ditutup dengan motif manik yang rumit.
“Saya suka mereka bentuk kasut untuk pasaran khusus. Saya mahu menawarkan kasut berkualiti dalam reka bentuk yang bergaya dan selesa,” ujar pengasasnya Hidayah Hassan kepada NST.
Harga Cipela bermula dari RM450. Anda boleh beli di laman web rasmi www.cipelamansion.com atau walk-in ke kedai di Jalan Maarof, Bangsar.
Sebab itulah DIVA terpikat dan nak beli satu… Bila sarung ke kaki, nampak cantik semacam.