Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Gua Sha VS Jade Roller: Mana Satu Yang Lebih Sesuai Untuk Kamu?

by Soph.Azz
March 15, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

68
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Nak dapatkan kulit yang sihat dan maintain cantik, kamu bukan sahaja memerlukan produk penjagaan kulit tau!

Tapi kamu boleh tambah beberapa perkara lain iaitu alat kecantikan seperti jade roller atau gua sha dalam rutih harian untuk dapatkan kesan yang lebih optimum.

“Gua sha dan jade roller?”- Ya, trend kecantikan menggunakan alat ini sudah lama popular. Malah sudah berkurun lama digunakan dalam kalangan wanita di China.

Tapi sebelum nak gunakannya, kamu perlu tahu apakah perbezaan gua sha dan jade roller. Dan mana satukah yang sesuai untuk kamu guna.

Gua Sha

Kalau senang nak kenal pasti, gua sha berbentuk rata, mempunyai lekukan dan tiada pemegang.

Foto – Sephora

[Mount Lai Gua Sha – RM165 / Mount Lai Gua Sha – RM125]

Alat urut gua sha adalah kepingan jed yang direka untuk legakan ketegangan otot muka, lembutkan garis halus dan kedutan serta jadikan wajah lebih runcing.

Cara gunakan gua sha: 

GIF – Beauty Bay
  1. Bersihkan muka terlebih dahulu dengan pencuci muka.
  2. Sapukan minyak muka dalam kuantiti yang mencukupi di seluruh wajah untuk elak geseran yang menyebabkan kerengsaan.
  3. Ambil gua sha dan gosok di bahagian yang diingini seperti rahang, garis kening, tulang pipi dan dahi.
  4. Gosok perlahan-lahan dengan pergerakan ke luar. Dalam ke luar ye.
  5. Kemudian gosok di garisan senyum dan keliling mulut secara zig zag.

** Ulang setiap pergerakan sebanyak tiga kali. Untuk kesan yang berpanjangan, lakukan sebanyak 2 ke 3 kali seminggu. 

Jade Roller 

Berbentuk seperti kayu dan penggelek di hujungnya, jade roller ini diperbuat daripada jed. Fungsinya adalah untuk mengurut dan merawat kawasan tertentu di sekeliling wajah.

Foto – Sephora
BACA:  Hapuskan Double Chin Dengan Teknik Gua Sha

[Jade Roller Beauty Tiger’s Eye – RM330 / Jade Roller Beauty Amethyst – RM320]

Yang best tentang alat ini, kalau kamu guna secara konsisten ia boleh tolak cecair badan yang diproses keluar ke nodus limfa. Jadi kalau nak hilangkan bengkak atau sembab wajah, memang terbaiklah untuk kamu guna jade roller.

Cara gunakan jade roller:

  1. Sebelum gunakan jade roller, urut kawasan leher dulu untuk lancarkan saluran limfa. Urut dengan pergerakan tangan yang ringan dan lembut.
  2. Bersihkan muka, sapukan pelembap, serum dan akhir sekali sapukan minyak muka.
  3. Ambil jade roller, urut leher dengan gerakan atas ke bawah. Kemudian urut garis rahang dan tulang pipi.
  4. Bahagian dahi pula, gunakan secara menegak dari tengah muka ke arah tepi mata atau kelopak mata.
  5. Jika jade roller ada dua penghujung, gunakan hujung yang kecil untuk utut di bawah mata dan hidung.

** Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan sebaik-baiknya pada waktu pagi untuk kurangkan mata sembab. 

Mana Satu Yang Sesuai Nak Guna?

Tak dinafikan DIVA tahu ramai yang keliru dan juga ada yang tak tahu alat mana satukah yang sesuai untuk mereka gunakan. Adakah gua sha? Atau jade roller?

Foto – Pinterest

Bagi individu yang memiliki masalah sembab atau wajah yang letih, penggunaan jade roller dalam rutin kecantikan adalah yang terbaik! Manakala bagi individu yang mahu mengurangkan ketegangan otot wajah dan meruncingkan wajah, gua sha adalah jawapannya.

Ingat, jangan sesekali gunakan kedua-dua alat ini ketika wajah sedang berjerawat ye. Tunggu sehingga keadaan kulit menjadi baik dan sembuh.

FILED UNDER gua shagua sha vs jade rollerJade Roller
Share27SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.