“Sesat dalam lautan buku! Bukan setakat si ulat buku yang teruja, orang biasa turut merasai aura ketika berada di BookXcess REXKL ini.”
Cukup luar biasa, sehingga penulis boleh menghabiskan satu hari di sini. Terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, lebih spesifik di Jalan Sultan.
- Foto – BookXcess REXKL
Berada dalam mercu tanda ikonik dan bersejarah yang telah dihidupkan semula sebagai hab komuniti budaya, Pawagam Rex yang legenda kini menjadi rumah kepada kedai BookXcess dengan reka bentuk ala lautan maze.
Terletak di tingkat 2 menghadap dewan utama REXKL yang pasti membuatkan anda memandang ke atas dengan kagum, menyajikan pengalaman runcit yang tidak konvensional yang akan menyemarakkan semangat pengembaraan anda.
- Foto – BookXcess REXKL
Uniknya, BookXcess direka bentuk untuk mencipta ruang mengasyikkan yang mempunyai banyak sudut rahsia di mana seseorang boleh ‘tersesat’ di antara rak yang menjulang tinggi dari lantai ke siling dipenuhi dengan buku-buku yang menakjubkan.
Terdapat juga karya seni susun atar khas daripada beberapa artis Malaysia dan Indonesia menghiasi dinding kedai buku yang turut tersedia untuk pembelian.
- Foto – BookXcess REXKL
BookXcess REXKL akan membawa anda dalam perjalanan yang akan membangkitkan segudang emosi. Ia adalah ruang seni bina yang sememangnya menakjubkan.
Penulis yakin sambil mencari buku, anda sempat bergambar sana sini di setiap sudut rahsia itu.! Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam kecuali hari Isnin.
BookXcess, REXKL, 80, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur