Bila berborak tentang peranti LED di pasaran, tak dinafikan peranti ini menjadi sangat popular dalam kalangan pencinta kecantikan.
Bukan sahaja peranti ini boleh merawat dan mengekalkan wajah menjadi awet muda, malah ia juga mempunyai pelbagai kelebihan lain.
Sebelum DIVA kongsikan lebih lanjut tentang peranti LED, ada yang tidak tahu atau kurang jelas tentang kegunaan dan kebaikan peranti ini? Jika ada, jom baca perkongsian Dr. Dennis Gross dalam entri di bawah;
Apa Sebenarnya Peranti LED?
LED atau Light Emitting Diod adalah sebuah peranti yang digunakan secara khas untuk merawat jerawat, keradangan dan tanda penuaan.
Untuk pengetahuan kamu setiap warna pada peranti LED ada fungsinya tersendiri seperti warna biru untuk merawat masalah kulit seperti jerawat aktif. Manakala warna ungu digunakan untuk menembus lapisan dermis dan hipodermis bagi merangsang pengeluaran kolagen.
Bagi anda yang mahu dapatkan peranti LED yang terbaik dan kurang menyakitkan, DIVA syorkan untuk anda gunakan DRx SpectraLite FaceWare Pro daripada Dr. Dennis Gross!
Istimewanya DRx SpectraLite FaceWare Pro
Alat peranti LED daripada Dr. Dennis iaitu DRx SpectraLite FaceWare Pro ini memberikan pelbagai manfaat. Malah peranti ini juga memudahkan individu untuk tidak perlu melakukan janji temu bagi setiap 2-3 minggu di klinik.
Menariknya, DRx SpectraLite FaceWare Pro mempunyai tiga rawatan tetapan iaitu, terapi cahaya merah, terapi cahaya biru dan terapi cahaya merah + biru.
Menggunakan gabungan 100 lampu dalam mod merah (anti penuaan) dan 62 cahaya dalam mod biru (pembaikan jerawat), anda hanya perlu luangkan masa selama 3 minit dari hari anda.
Dr. Dennis Kongsi Rutin Terbaik Guna Peranti LED
Bagi merawat wajah menjadi lebih awet muda, terhindari daripada jerawat atau garis-garis halus, Dr. Dennis kongsikan beberapa rutin untuk anda.
- Langkah 1: Bersihkan wajah menggunakan Alpha Beta Pore Perfecting Cleansing Gel.
- Langkah 2: Lakukan pengelupasan dengan rawatan Alpha Beta Universal Daily Peel selama 2 minit.
- Langkah 3: Gunakan DRx SpectraLite FaceWare Pro di atas wajah dengan tetapan LED yang diingini selama 3 minit.
- Langkah 4: Sapu pelindung matahari dengan menggunakan All Physical Lightweight Wrinkle Defense SPF 30 untuk perlindungan sepanjang hari.
Jangan lupa untuk ikuti saranan Dr. Dennis bagi mendapatkan kulit yang bersih, cantik dan sihat. Selamat mencuba!