Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Selain Jimmy Choo, 4 Rumah Tema Hotel Ini Paling Gah Di Asia

by Soph.Azz
March 11, 2022
Foto - Tatler Asia

Foto - Tatler Asia

21
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Realitinya di rumah, tetapi bila melangkah masuk pintu depan rasa seperti berada di hotel mewah!

Memang jadi idaman setiap orang untuk memiliki rumah yang mempunyai vibe seperti hotel. Mewah, eksklusif dan paling penting selesa!

Entri kali ini DIVA kongsikan lima rumah di Asia yang bertemakan hotel, salah satunya ada rumah pereka kasut Jimmy Choo tau. Memang cantik!

#1 Kemasan Yang Glamor

Foto – Tatler Asia

Berkeluasan 2519 kaki persegi, penthouse di Singapura ini direka untuk membangkitkan suasana mewah hotel dengan kemasan yang glamor.

Foto – Tatler Asia

Prestige Global Designs yang mengetengahkan konsep kemewahan kemodenan menggunakan warna terang untuk kelihatan menarik dan mesra.

Foto – Tatler Asia

Padanan lukisan di dinding, warna cat, jenis perabot dan permaidani yang dibuat khas di ruang tamu dan ruang makanan memberikan ilusi lobi hotel yang luas dan elegan.

#2 Penthouse Yang Minimalis 

Foto – Tatler Asia

Rumah pereka kasut, Jimmy Choo yang berkeluasan 1754 kaki persegi itu terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Rumah ini dihiasi untuk meraikan legasi dan pengaruhnya berdasarkan kisah hidup Jimmy.

Foto – Tatler Asia
Foto – Tatler Asia

Kongsi pengasas OD&A, Ooi Boon Seong menggunakan panel kayu oak putih dengan motif klasik di seluruh rumah. Dipadankan dengan cat kelabu yang menenangkan dan tekstur bijirin yang cantik untuk naikkan seri rumah.

#3 Vibe Estetika Tropika Jadi Pilihan 

Foto – Tatler Asia

Nadayu Kuala Lumpur merupakan banglo tiga tingkat yang berkeluasan 4280 kaki persegi. Dihiasi dengan tema hotel, setiap ruang rumah ini mempunyai aura hotel yang dilengkapi dengan ruang berehat yang selesa.

Foto – Tatler Asia
BACA:  5 Kasut Jenama Mahal Ini Selesa Dipakai & Langsung Tak Sakit Kaki
Foto – Tatler Asia

Perabot kotemporari yang jadi pilihan pereka seperti rotan digunakan untuk vibe estetika tropika yang dipadankan dengan landskap hijau di sekitar rumah tersebut.

#4 Elemen Fesyen Jadi Sentuhan Utama

Foto – Tatler Asia

Berkeluasan 7000 kaki persegi, rumah keluarga milik pasangan Jay Chiu dan Jasmine Chiu ini diinspirasikan oleh fesyen. Menurut perunding dalaman Designworx, Terri Tan mendedahkan bilik tidur kediaman ini diinspirasikan oleh butik Dior.

Foto – Tatler Asia

Manakala permaidani berwarna hitam dan krim ditempah khas untuk memberikan rupa monokrom pada ruang tamu. Yang menarik di ruang tamu ini, fabrik upholsteri biru daripada Hermès itu ditempah khas untuk kusyennya.

Memang cantik-cantik dan nampak mewah sangat kan?

FILED UNDER jimmy chooreka bentuk rumah hotelrumah tema hotel
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.