Sambil membeli berlian terbaik, dapat menimba ilmu, itu yang ada di Pesta Berlian HABIB.
Tradisi tahunan untuk memperingati dan meraikan keindahan berlian, HABIB kembali dengan Pesta Berlian bermula 1 hingga 31 Mac 2022.
Acara tahunan yang telah disambut sejak sedekad lalu menjadikan Pesta Berlian antara sambutan yang dinantikan oleh para pelanggan HABIB pada setiap tahun.
- Foto – HABIB
“Pesta Berlian merupakan sebuah platform untuk kami barkongsi kepakaran dan pengetahuan mengenai keistimewaan berlian. Sudah menjadi sebahagian daripada tradisi kami untuk memberikan pendedahan kepada seluruh lapisan masyarakat agar lebih memahami nilai intrinsik yang terdapat pada batu berharga ini.
“Melihat para pelanggan yang semakin peka tentang nilai sesebuah barangan kemas berlian membuatkan kami lebih teruja untuk berkongsi lebih banyak informasi dan pengetahuan,” jelas Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer.
Rambang Mata Dengan Koleksi Emas Memukau
Turut menampilkan pelbagai koleksi barangan kemas memukau, seperti pilihan rona warna emas putih, emas kuning dan emas ros.
- Foto – HABIB
Antaranya merupakan koleksi Adore, Fire On Ice, Gelora, Polaris, Koleksi H, DWA, Empress dan koleksi terbaru daripada jenama antarabangsa iaitu Korloff dari Perancis.
IKLAN
Lebih Banyak Koleksi Berlian Bersijil
Untuk tahun ini, HABIB membawakan lebih banyak koleksi berlian bersijil daripada GIA, HRD dan AGS yang ditampilkan dalam pelbagai bentuk, warna, kejelasan dan saiz.
- Foto – HABIB
Antaranya merupakan Koleksi Hearts On Fire, The World’s Most Perfectly Cut Diamonds (Potongan Berlian Paling Sempurna Di Dunia) yang semakin digemari di kalangan bakal raja sehari kerana kilauan yang dipancarkan lebih memukau.
Ada Juga Barang Kemas Antik
HABIB mempamerkan koleksi barangan kemas antik yang bertatahkan batu intan.
- Foto – HABIB
Intan yang juga dikenali sebagai rose-cut diamonds merupakan berlian potongan leper yang dipotong seawal tahun 1900 sebelum terdapatnya mesin potongan berlian yang berteknologi tinggi. Koleksi ini terdiri dari kerongsang, loket, rantai pendek, anting-anting dan rantai tangan.
Bengkel Oleh Pakar Geologist HABIB
Bengkel ini dikendalikan oleh Pakar Geologist HABIB yang berpengalaman. Bengkel ini dapat membantu pelanggan untuk lebih memahami nilai setiap butiran berlian.
- Foto – HABIB
Selain itu, HABIB turut membawa pakar pemotong berlian terbaik dunia ke Malaysia untuk memberi demonstrasi pemotongan berlian yang sempurna serta mengimport mesin memotong berlian daripada Amerika Syarikat ke Malaysia.
Jadi, jangan lepaskan peluang hadir ke Pesta Berlian HABIB sepanjang Mac di bilik pameran seluruh negara.