Anda peminat rekaan ikonik sepanjang zaman beg Lady Dior? Inilah masanya untuk melihat secara dekat dan terperinci!
Meraikan siluet yang ikonik ini, Dior menganjurkan pameran khas “Lady Dior As Seen By” di Centre Court Pavilion Kuala Lumpur, pada Mac 2022.
- Foto – Dior
Dari 4 Mac hingga 27 Mac 2022, Dior Malaysia akan menjadi tuan rumah di Pavilion KL untuk membolehkan peminat dan pelanggan sama-sama meneroka warisan beg Lady Dior.
Direka berdasarkan bentuk Lady D-Lite versi XXL, yang terkenal dengan sulaman tiga dimensi, ruang Dior ini juga akan menampilkan perkhidmatan ABCDior di mana pelanggan mereka bentuk dan menyesuaikan beg Lady D-Lite kontemporari mereka sendiri.
- Foto – Dior
Bukan itu sahaja, “Lady Dior As Seen By” turut mempamerkan pilihan arca dan fotografi beg ikonik oleh artis terkenal antarabangsa.
Nak tahu apa lagi yang menanti di pameran, datang dan alami pengalaman terbaik.
Pameran Lady Dior diadakan di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur dari 4 Mac hingga 27 Mac 2022, bermula 10 pagi setiap hari.