Malaysia terkenal dengan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Jadi memiliki sepasang kaca mata merupakan keperluan setiap orang.
Jadi untuk itu, Luxottica bawakan beberapa pilihan kaca mata stailo yang boleh disesuaikan dengan penampilan serta aktiviti kamu. Jangan lupa #OOTD dengan kaca mata baru disertai dengan keindahan latar belakang yang menggamit jiwa.
Ini idea kamu boleh mempamerkan penampilan sempurna bergambar dengan kaca mata berjenama yang sepadan dengan persekitaran alam semula jadi di Malaysia.
Berkelah di Taman
- Foto – Luxottica
Cara terbaik untuk memadankan pakaian dengan persekitaran ialah dengan warna lembut yang serasi dengan warna alam semula jadi. Pilih bingkai bulat klasik dari Ray-Ban, Coach dan Prada yang mudah dipadankan dengan mana-mana pakaian yang kamu pilih.
Kehidupan Bandar
Tingkatkan sifat semula jadi kamu dalam #OOTD dengan kaca mata statement untuk menonjolkan diri daripada orang ramai.
- Foto – Luxottica
Bagi kamu yang gemar memakai rupa feminin, jadikan Vogue Eyewear pilihan unik aksesori dengan bingkai heksagon berwarna merah jambu pucat dan emas. Sebaliknya, mereka yang ingin meneroka dan mencuba gaya baru boleh mencuba Giorgio Armani atau Burberry untuk penampilan futuristik.
Jom Mandi Laut
Serlahkan penampilan berwarna dengan gaya pantai kamu. Kamu boleh bergaya dengan kaca mata Prada berwarna putih atau Burberry untuk menambah pesona dan keanggunan.
- Foto – Luxottica
Jika kamu berjemur di pantai berpasir, gunakan kaca mata Vogue Eyewear yang menawarkan perlindungan UV tambahan di sekeliling mata dengan bingkai bersaiz besar bulat.
Kembara di Pergunungan Tropika
Semasa kamu mendaki, lindungi mata dengan kaca mata sukan bergaya yang kalis air dari Oakley.
- Foto – Luxottica
Terutamanya jika kamu ingin meningkatkan kontras, mengoptimumkan warna dan mengurangkan silau, kaca mata Oakley HSTN in Prizm Violet membolehkan kamu melihat dunia dalam warna-warna terang , dan menenangkan pada masa yang sama.
Enjoy!