Pernah tak kamu alami masalah kulit seperti terlalu kering atau bersisik dengan teruk?
Jika ya, pasti kamu tahu keadaan kulit seperti ini sangatlah tidak best. Bukan apa ada masanya kamu akan menggaru sehingga terluka kerana terlalu gatal dan sensitif.
Tapi jangan risau ye kerana ada pelbagai jenis losyen yang sesuai untuk masalah kulit seperti ini. Mari DIVA kongsikan beberapa jenama yang dermatologi syorkan!
Kiehl’s Creme de Corps [BELI]
Mengandungi shea butter dan mentega koko, losyen ini juga mempunyai squalane yang berfungsi dalam mengekalkan kelembapan serta menjaga ketahanan kulit.
Eucerin Advanced Repair Lotion [BELI]
Sesuai untuk kamu yang tidak sukakan krim yang melekit atau tebal, losyen ini adalah pilihan yang terbaik. Memberikan kelembapan sehingga 48 jam, losyen ini mempunyai agen pengelupasan untuk melicinkan folikel yang kasar.
La Roche-Posay Lipikar Baume AP+ Intense Repair [BELI]
Mengandungi glycerin, shea butter dan niacinamide yang membantu membaiki serta menguatkan ketahanan kulit. Sesuai untuk kulit kering, kasar dan bersisik kerana ia dapat berikan kelegaan dan hasil yang lebih tahan lama.
Aveeno Eczema Therapy Daily Moisturizing Cream [BELI]
Losyen ini bebas daripada pewangi dan diperkaya dengan ceramide serta oat. Bahan ini sangat membantu dan terbaik dalam merawat kulit sensitif terutamanya pesakit ekzema kerana ia membantu menenangkan keradangan.
First Aid Beauty Ultra Repair Creme Intense Hydration [BELI]
Gabungan oat koloid dan allantoin dalam losyen ini adalah yang terbaik! Bukan sahaja menenangkan kulit yang meradang, malah ia juga membantu melegakan kekeringan.
Jika keadaan kulit menjadi lebih teruk, jangan lupa untuk cepat-cepat dapatkan rawatan segera daripada doktor. Happy shopping!