Mungkin kolaborasi terbesar setakat ini? Sebelum ini Gucci telah memberi hint kerjasama dengan jenama sukan unggul adidas, akhirnya Gucci mengotakan janji mereka.
Mempersembahkan koleksi musim luruh/sejuk di Minggu Fesyen Milan baru-baru ini, rata-rata peminat fesyen tidak sabar untuk memakai koleksi ikonik adidas x Gucci ini.
Koleksi perkongsian itu masih belum berada di pasaran lagi, tetapi ia sudah terbukti sebagai salah satu kerjasama paling hangat pada tahun ini.
Highlight untuk adidas x Gucci
Gaya estetik retro Gucci sementara adidas terkenal dengan logo digabungkan secara kreatif membuatkan setiap koleksi menyinar. Suit, beret, tie, dress, scarf dan corset akan disesuaikan dengan logo adidas x Gucci.
Sebagai contoh, duo ini menggabungkan Gazelle sebagai salah satu model kasut utama, mendandani kasut dengan fabrik dan cetakan yang kaya seperti kulit ular, baldu dan motif “GG”.
Jadi, tanya diri anda. Adakah anda merasakan Gucci atau Three Stripes hari ini? Kenapa tidak pakai kedua-duanya.