Perasan tak mekap mata yang over dan dramatik sudah menjadi trend? Selain mencantikkan mata dengan warna-warna eyeshadows, hiasan juga banyak digunakan.
Seperti pertunjukan fesyen Simone Rocha di Minggu Fesyen London 2022, anda boleh lihat trend mekap mata yang dramatik ini.
Dengan tampalan rhinestones, mutiara dan labuci, bukan sahaja nampak cantik, tapi ada kisah di sebaliknya tau! Jom baca perkongsian di bawah;
Ambil Inspirasi Dari Kisah Dongeng
Mewah, elegan dan sangat berkelas! – Setiap aspek pertunjukan fesyen Simone Rocha, semuanya berkisarkan tentang kisah dongeng Children of Lir.
Mereka telah disihir dan dijadikan angsa oleh ibu tirinya selama 900 tahun. Bagi setiap 300 tahun tiga beradik ini telah tinggal di tasik berhampiran istana, laut Moyle dan perairan Inish Glora.
Buat yang tidak tahu, Children of Lir ini adalah kisah dongeng daripada Ireland yang menceritakan tentang anak-anak raja Lir iaitu seorang perempuan dan tiga orang lelaki.
Selepas sengketa dan sumpahan berakhir, mereka kembali ke istana untuk menghabiskan sisa hidup sebagai manusia.
Kisah yang cukup menyayat hati ini memberikan inspirasi pada Simone untuk mencipta pertunjukan fesyen sepertinya. Daripada tempat, koleksi pakaian hingga solekan yang kelihatan seakan-akan angsa.
‘Angsa’ Jadi Solekan Mata Dramatik!
“Saya sentiasa menyukai idea mekap boleh dipakai sebagai aksesori fesyen dan lanjutan kepada keperibadian serta identiti” – Thomas de Klyuyver, makeup artist.
Bagi pertunjukan fesyen Simone, Thomas menambah hiasan dengan memberi perhatian kepada aksesori yang dipakai oleh model dan padanan warna.
Salah satunya adalah hiasan mekap mata yang boleh dilihat pada rhinestones. Terletak di dahi, melingkar di bawah mata dan di atas hidung, nampak seolah-olah seperti angsa.
- Foto – Vogue
- Foto – Vogue
Bukan hanya mekap mata sahaja, gaya rambut dan perincian kuku juga diinspirasikan daripada kisah dongeng tersebut juga.